Auditorium Daeng Chelak
Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam
23 - 27 Julai 2009
8.30 mlm
1. Teater `Menanti Perang Berakhir' sebenarnya adalah untuk filem atau drama tv. Skripnya aku tulis sebelum ke UK (2006) sempena pertandingan Menulis Skrip Drama TV anjuran IKIM. Apabila aku sudah di perantauan, skrip tersebut diisytiharkan menjadi pemenang pertama. Hadiahnya disampaikan oleh Yang Di Pertuan Agung, Sultan Mizan. Aku tidak pergi. Bukan hamba derhaka.
2. Ceritanya bermula daripada hukuman gantung sampai mati ke atas Tok Janggut yang dituduh sebagai penderhaka di Pasir Putih hinggalah Pak Jamaluddin Elias di warung Kak Ros, di depan pejabat Harakah. Dari Kg. Jeram hinggalah ke Sarajevo, Bosnia Herzegovina. Dari kuasa veto PBB hinggalah kerja kebajikan Yayasan Amal. Dari cinta seorang lelaki, dan bencinya seorang perempuan. Watak dan tempatnya adalah dari kehidupan yang sebenar.
3. Ini kali kedua, ia dipentaskan. Sebelum ini di IKIM. Dua-dua aku tak tengok meski teringin sekali. Korang pi tontonlah. Harap ada yang merakam. Nanti aku balik, boleh tumpang sekaki nonton.
4. Apapun terima kasih pada seluruh krew pementasan yang diarahkan oleh Sdr. Kamarul A.R. IKIM, Kerajaan Negeri Selangor dan semua pihak yang terlibat menjayakannya.
5. Ada satu skrip aku yang belum didrama atau dipentaskan. 'Kalam Siti Zubaidah' (2004) Cerita tentang madrasah macam filem Laskar Pelangi. Siapa yang berminat? Berani buat? Aku dah nak buat di Taman Melewar dulu, tak larat nak cari ongkosnya. Akhirnya jadi ceramah Aqil Hayy!
ALHAMDULILLAH
1 comment:
Tahniah..
Post a Comment