...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Thursday, 2 July 2009

Kerna Kandang Babi*

1. DAP Kedah/Perlis keluar daripada Pakatan selepas `keciwa' dengan tindakan kerajaan negeri Kedah merobohkan satu-satunya kandang babi di Kedah, Darul Aman.

2. Itulah harga sebuah pakatan politik. Kandang babi lebih berharga daripada menghapuskan hegemoni BN.

3. Atau inilah yang disebut mainan politik DAP untuk menguji kredibiliti PAS sebagai parti untuk semua. Thomas Su, Pengerusi DAP Kedah & Perlis merupakan ADUN DAP Perak yang menjadi Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Sekadar maklumat tambahan buat mereka yang fikir sikit.

* maksud aku ialah tempat sembelih babi.

9 comments:

Mince4AM said...

saya ambil lagu dari blog abg, bolehkan?

Gedung Akal said...

Kah..kah..kah..
DAP buat strategi politik baru jenis apa pulak ni?
DAP Kedah sahaja yang keluar PR
Kah..kah..kah..
DAP negeri lain tak ikut sekali kah?
Kah..kah..kah..kah..
Politik lama dalam politik baru!
Ingatkan Melayu sahaja yang ngok dan bebal
Kah..kah..kah..kah..
DAP Ngeh 'n' Nga yang cakap hari2 omputih pun bebal jugak ke?
Kah..kah..kah..kah.
Boleh caya ke camni?
Kah..kah..kah..kah..
AMNO mai sama2 pacak wayang kat aloq Staq.
Kah.kah..kah..kah..

cicitHJHASSANu said...

keh keh keh.....
babi kt kedah kecik punya hal...
keh keh keh.....
esok lusa selesai le....
keh keh keh.....
babi 'one malaysia' banyak wooo....
keh keh keh....
jkkkulop bana ameno untung byk wo..
keh keh keh....
ada h1n1 impot,ada h1n1 ekspot...
keh keh keh....

alhelmi said...

kepada DAP hayati satu slogan dari cerita kartun "wonderpets" "APA YANG PENTING!! "KERJASAMA"

nalapambu said...

PAS sudah buat satu kesalahan besar terhadap DAP khasnya kaum cina. Sepatutnya PAS kena berbincang dengan DAP terlebih dahulu sebelum bertindak dengan perkara yang ada kaitan kaum cina.

Tindakan PAS membiarkan rumah potong babi itu dirobohkan sepatutnya tidak berlaku. PAS sepatutnya tahu membalas budi kerana kaum cina lah yang banyak menolong PAS. YB MB PAS sudah lepas tangan dan berdaleh memberi alasan yang tidak logik langsung.

PAS jangan anggap sudah kuat berkuasa dan boleh buat apa yang dia suka sesuka hati nya. PAS kena ingat, kekuatan PAS cuma bergantung kepada kaum cina dan india sahaja. Jika PAS gagal menurut kehendak kami, kami akan berhenti menyokong PAS.

m.najib mahathir said...

saya sokong tindakan meroboh pusat potong babi tu
biaq depa tahu pas bukan tunggangan dap
adun dap nak jadi bebas takpa
jadi kera sumbang dlm dun
tomas su tu sekutu nizar dlm dun perak,bekas exco lagi
dah hilang kuasa kat perak
nak buat kacau kat kedah pulak...

azmietaha said...

SALAM.
Mula hanya memikirkan yang sandiwara ini hanya mainan media arus perdana semata.
Mulanya hanya memikirkan yang Pemuda DAP Kedah cuma acah-acah politik semata.
Hati tak tergerak memikir pasal pecahnya kaca kerana gelas masih baik.
Hati masih bertoleransi kerana memikirkan PAKATAN ini sudah MASIN BENAR...
Rupa-rupanya memang babi betul
amuk pasal babi H1N1 dah cover Satu Malaysia..
Dah rasa kecewa dengan tahap pemikiran PEMUDA DAP KEDAH dan mungkin wabaknya lebih serius daripada SELSEMA BABI.
Chauvinist. Extreme tahap ekstravaganza!

Hati anak KEDAH sudah terusik
GILA BABI betul...
Silalah pujuk USTAZ!
SALAM REJAB.

muhaimin sulam said...

jangan marahkan babi, babipun mau hidup. kesian dia. politik punya pasal, babi yang terseksa.

abuyon said...

ya, babi pun makhluk Tuhan. Bersih batinnya barangkali lebih dari kita, tetapi zahirnya memanglah kotor pula.

Itu sedikit patah dari n3 blog saya, silalah baca selsema yang impaknya maksima di http://abuyon.blogspot.com