...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Sunday, 12 July 2009

Pergi Tak Dihalau

1. Akhirnya DAP Kedah kembali untuk bersatu dengan PR di Kedah. Pertemuan antara Lim Kit Siang dengan Ustaz Azizan telah menyelesaikan masalah berbangkit. Lim Kit Siang diberitakan akan ke Kedah sebulan sekali untuk melihat perkembangan selanjutnya. Nampaknya macam Ustaz Azizan kena dipantau pula?

2. Pergi tak dihalau, masukpun tak bersalam. Usahkan untuk minta maaf.

3. Itu baru satu kerusi DAP.

4. Nampaknya, hampa kena kerja teruk la Hj. Nan, Aris, Musodak.....

2 comments:

ANAK PAK UTUH said...

Cuba baca tulisan http://jantantuya.blogspot.com/

Mungkin ada sesuatu pengajaran yg boleh kita dapati darinya.

Dari sudut mata hati mereka

assafah said...

Assalamu'alaikum.

Moga diselamatkan ALLah PAS Kedah. 16 kerusi tak sama dengan 6 kerusi di negeri Bubar DUN kita dulu ! Teman kata sesekali perlu diajor juga DAP nih ! Biar telus dalam berpakat. Jangan jadi macam pemilihan ahli majlis di tempat kita dulu. Last-last semua tak merase. Bagus sajak tuan pasal kaya tuh. Jemput ke meja teman - new post about Manek Urai dan KAYA !