...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Friday, 10 July 2009

Doa Kami Yang Tidak Sakit

Tuhan,

Syukur kerana kami sihat
bolehlah kami ke laut
memancing ikan
biar ombak besar
dingin angin malam

bolehlah kami menoreh
batang getah kering
di hujung kampung
selepas subuh itu

bolehlah kami berkerja
menampung sementara
ada kehidupan yang Kauberikan

bolehlah kami mengais
mencari rezeki
buat anak isteri

dan
buat pak menteri
yang makan gaji dengan wang kami!


Alexandra Terrace. Swansea.
Jumaat

3 comments:

mudin001 said...

dan bolehlah kami
membina mahligai
untuk bekas MB
free-free!

Gedung Akal said...

PPSMI Jiwa Bangsa
Aku patut gelak besaq dulu..kah..kah..kah..
Melayu mahu jadi clever
misti pulun cakap English...kah..kah..kah
misti pandai cakap Ingglish macam
paddayappa dan heroin pilem Tamil..kah..kah..kah..
Melayu belajar Sains dalam bahasa Melayu
mistinya Melayu kangkung
Melayu maju misti speaking English..kah..kah..kah..
Bahasa PPSMI Jiwa Bangsaku kah..kah..kah
Melayu patut tahu Inglish kerana
jiwa Melayu adalah jiwa Ingglish....
kah..kah..kah..
Melayu bijak kerana Inglish
Jangan cakap dan tulis ikut ejaan Melayu

azmietaha said...

dan bapa-bapa menteri
sedang menabur janji
mungkin demi Manek Urai.
1 M1LAYSIA
ditaburnya GULA-GULA.
Projek tanam tebu di pinggiran bibir
sedang rancak
hangat...
...dan akhirnya
RAKYAT MALAYSIA DIJANGKITI PENYAKIT
KENCING MANIS....


p/s: Projek bahaya ustaz.
Ha! Ha! Ha!