1. Ketika Bush sibuk mengatur kata manis kepada bonekanya di Iraq, seorang anak muda yang juga wartawan melempar kedua-dua kasutnya pada Bush. Biarpun, Bush dapat mengelak tetapi itu sudah memadai sebagai satu simbol penentangan anak muda, wartawan dan umat Islam pada dasar Imperialis Amerika. Tahniah, Muntadar. Akupun tak mampu buat.
2. Berapa banyak wartawan yang boleh menyuntik rasa berani dan kesedaran terhadap masalah bangsa, tanahair ataupun agamanya? Yang ramai - pengampu sang penguasa.
3. Berapa ramai anak muda bangun memimpin perubahan demi kehidupan yang lebih bermaruah, merdeka dan maju? - Yang ramai - tenggelam dalam dunia kekaguman diri sendiri.
4. Berapa umat Islam yang sanggup berkorban demi perjuangan agamanya? Saban tahun meraikan hari Raya Korban, atau menunaikan ibadah korban, pergi ke Mekah, tunai umrah, dan sebagainya. Ibadat sudah seperti tradisi yang menjadi warisan keramat. Diraikan seperti mandi di Sungai Ganges. Roh ibadah sudah hilang. Semangat zaman yang dipuja. Akhirnya, umat Islam hari-hari menjadi mangsa korban. Disembelih. Disiat. Dibunuh. Dikerat seribu belah.
5. Hanya kanak-kanak kecil Palestin yang berani menentang kereta kebal Israel dengan batu di tangan mereka. Hanya pemimpin gerakan Islam yang terpencil seperti Hamas dan Hezbullah sanggup menentang Yahudi zionis laknatulah. Orang miskin yang papa kedana dan tiada pekerjaan sibuk berdemontrasi menuntut keadilan.
6. Pemimpin-pemimpin Islam yang berkuasa dan kaya, sibuk mengira kantung dan perut mereka. Termasuklah kebanyakan daripada kalangan pemimpin negara Arab dan negara Islam lain. Sibuk mem`bunuh' pesaing politik mereka daripada ingin berhadapan dengan mustakbirin.
7. Satu sahaja yang ingin aku katakan: Penakut!
4 comments:
Saya setuju dengan tuan!
salam dari nottingham,
terozkan memblog supaya kami dapat mendengar lebih banyak lagi kata2 hikmat pembina semula ummat iA.
saya kurang setuju dengan tuan. seolah ianya satu yang sudah dirancang. mungkin balingan pertama kita lihat ianya real. tapi masa balingan kedua masih tiada special service tuan president bertindak sedangkan kita maklum ketangkasan pengawal presiden ini bertindak untuk menyelamatkan sang presiden mahupun mencegah perbuatan ulangan. terkadang kita tertipu dengan mata kita sendiri. wALlahua'lam
sepatutnya kasut itu menuju kepada pemimpin2 arab sekali...
Post a Comment