1. Ada ustaz beritahu aku, jika ingin mengetahui keikhlasan diri apabila kita menolong orang, kita tidak mengharapkan pembalasan. Jangan ada setitik dalam hati mahukan pembalasan. Ringkasnya, jangan mengarap sesuatu daripada orang yang kita tolong.
2. Kemudian aku terbaca kata-kata semacam falsafah, jangan mengharap syurga bila beramal. Yang kita mohon adalah keampunan dan RahimNya Allah s.w.t. Kerana takut syurga, kitapun beribadat. Itu tanda tidak ikhlas dalam beribadah. Kita beribadah semata-mata memenuhi perintah Allah s.w.t.
3. Rabiahtul Adawiah, seorang ahli sufi yang hebat pernah bersyair; `aku tidak layak untuk syurgaMu tapi aku tidak mampu menghadapi api nerakaMu.' Ibadah kita memang tidak melayakkan untuk ke jalan syurga. Syurga dan neraka adalah hak Allah s.w.t.
4. Sebagai manusia biasa. Kita kadangkala bila kita tolong orang, memang bukan nak balasan. Tapi kalau orang yang ditolong tak reti bahasa, bagaimana?
5. Sekadar renungan dari berita pagi ini di tanahair, pasukan yang menyelamat tanah runtuh di Bukit Antarabangsa berasa keciwa dengan tuduhan sesetengah penduduk yang mengatakan mereka mencuri dan kerja sambil lewa.
6. Tak payah tolonglah orang macam tu. Jangan tolong!
...
- MS
- Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com
3 comments:
Betul tu.
Tentang kes seorang mangsa berbangsa Cina yang mengadu kepada media, bahawa pasukan keselamatan memberi cangkul kepadanya dan disuruh mencari sendiri, baru-baru ini saya sudah dapat tahu cerita sebenarnya.
Begini, pasukan keselamatan telah menjalankan tugas mereka, mencangkul tanah untuk mencari mangsa yang terperangkap di bawah timbunan tanah tu. Setelah lama mencangkul, mereka pun berhenti lah untuk berehat sebentar, kumpul tenaga semula.
Tapi, bila mereka berehat, penduduk berbangsa Cina tu marah-marah pada mereka, cakap mereka ni tak serius, dan suruh mereka cepat sambung mencangkul semula.
Bengang dengan gelagat penduduk tu, salah seorang daripada yang mencangkul tadi pun pergi kat dia, serahkan cangkul, "Nah, kalau kamu nak sangat, ambik ni, cangkul la sendiri!!". Itulah dia. orang dah tolong, nak maki pulak.
dengar khabar ust.riduan mat nor dtg UK? Kirim salam.
syahrin,leeds
Salam..
syukran..
ur post make me realize from my mistakes..
i help people and hoping that i will get a good reward from god..
but then, i realize..
to help people, i have to do it with open heart.. dengan jujur..
then, i will get berkat dari amalan yg dilakukan..
sungguh kadang2 kita tersalah niat dengan amalan2 yg dilakukan..
nahuzubillah min zalik..
btw, helping people dengan niat kerana Allah, jika difitnah sekali pun, insyaAllah tidak terasa kerana Allah maha mengetahui setiap sesuatu antara langit dan bumi..
[sorry coz sebuk2 kat blog ni.. just tertarik dengan posting tdi je.. huhu..salam ukhuwah]
;)
Post a Comment