2. Semalam, Richard Wong sempat menikmati berbuka puasa di Masjid Lama Changkat Lada. Para jamaah meraikan. Dia suka sambal belacan. Sayangnya aku tidak boleh makan, sakit mulut.
3. Hari ini, aku ajak Ricard berbuka di Pengkalan Pegoh, Ipoh. Dia akan ajak kawan Cina dia datang. Ini bukan pasal ajak makan. Ini kerana makanan yang lebih lazat dan sedap boleh didapati di Langkap. Keinginan untuk berbuka puasa bagi Richard adalah satu pengalaman baru.
4. Berkurun amalan tradisi berbuka puasa di tempat kita, jarang sekali kita jemput masyarakat bukan Islam berbuka puasa. Mengapa?
5. Apabila berlaku isu 12 orang Islam berbuka puasa di gereja, ia mencetuskan kembali isu `kristianisasi'. Apakah isu itu penting atau sekadar modal untuk orang politik kembali ke persada awam?
6. Islam-Kristian-Yahudi adalah agama samawi. Pertentangan antara ketiga-tiga agama ini lebih kepada faktor politik berbanding masalah antara agama itu sendiri.
7. Teringat sewaktu tinggal di UK. Berkali-kali kami berbuka puasa di dewan milik gereja. Bahkan kami berterawih bersama-sama. Di situlah kami bertemu orang Islam Afrika, Arab, Parsi dan juga muslim tempatan. Oleh kerana agama bukan faktor penting dalam mengisi agenda politik sekular, ia tidak pernah menjadi isu.
8. Sebaliknya di tanahair, agama sering dijadikan faktor penting untuk memperkukuhkan pengaruh politik peribadi dan kumpulan meskipun belum tentu intipati agama itu dihormati.
2 comments:
kat UK memang bukak pose kat gereja atau sembahyang dlm gereja sebab masjid kurang/tiada...Dan agamanya majoriti kristian berbanding di malaysia berbeza...come on Dr...
artikel tuan sangat menarik. simple muslim but humble..great!
Post a Comment