...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Thursday, 6 August 2009

Sudahlah UMNO.

1. Beria-ia sungguh UMNO mendampingi PAS kali ini.

2. Selepas gagal memujuk Murshidul Am tentang idea kerajaan Perpaduan, kini Pemuda UMNO pula sanggup berdemonstrasi bersama Pemuda PAS Selangor yang membantah politik Ronnie Liu.

3. Sebelum ini, Pemuda UMNO sanggup mengadakan `diskusi intelektual' dengan Pemuda PAS. Siap bersidang akhbar di lobi Parlimen. Tak dapat PAS. Bayang PAS pun jadi.

4. Jom kita berkonsert sekali. Amacam? Ada setuju. Kita nyanyi lagu Spider; Rela kupujuk!

6 comments:

Wak Labu Farm said...

Paling istimewa bagi PAS ialah di Perak. Oleh kerana undang2 negeri Perak tidak membolehkan kafir jadi MB makan PAS diberi peluang jadi MB walaupun PAS cuma ada 6 ADUN nya. Jika sekiranya ketika itu DAP ada seorang calun nya dari melayu/Islam sudah tentu PAS jadi anjing kurap juga.

Jika diadakan PRU semula di Perak, dah tentu DAP akan letak kan seorang calun nya dari kaum melayu/Islam. Calun melayu/Islam DAP pernah menang di kawasa cina 90% di Pasir Bedamar, Teluk Intan satu masa dulu. Nama calun nya Fazlan Yahya kalau tidak silap.

Sekarang kita saksikan pula bagaimana PAS dianjing kurapkan oleh DAP dan PKR di Selangor. Sebarang cadangan dan pendapat yang keluar dari mulut PAS jadi angin sahaja - tidak pernah di dengar jauh sekali di terima oleh DAP/PKR.

Bagaimana sekarang, mahu kah PAS terus dianjingkurap kan oleh DAP/PKR dalam Pakatan Rakyat? Jika jawapan nya 'MAHU' teruskan bersama Pakatan Rakyat.

alhelmi said...

Berkonsert? best...best jom! tp kalu ngan org UMNO tak selera nak p... abis lencun baju aku ari tu kat KL... kalu air paip tak pe... ne die kasi air kimia ish....ishk

b.tan said...

as-salam...
amno sekarang tengah gila talak...hahaha!!!

Anonymous said...

aik... reti berdemo dah ke? kata bukan budaya depa... hahaha...

tapi... pas selangor ni aku tak harap sangat... ada sekorang yang gila tanah macam khir toyo nih...

gila nak jadi menteri besar... bodoh punya orang...

katalah hari ni amnu bagi dia mb... tahun depan amnu buat undi tak percaya... dia kecundang... masa tu... tak de sapa nak kawan dengan pas dah... baru padan muka pas...

orang-orang gila nak jilat amnu ni harus dihapuskan dari sekarang... kalau betul amnu nak kawan... suruh dia terima ISLAM sepenuhnya... baru buleh kawan... tidak kalu, amnu tetap amnu... dan penggila tanah tu... tetap penggila tanah...

cicitHJHASSANu said...

relaku tumbuk!!!

mudin001 said...

Saya kata, sudahlah PAS!

(http://mudin001.com/2009/08/07/bapa-beli-anak-rampas/)