1. Najib telah bersetuju untuk memansuhkan PPMSI selepas demonstrasi besar-besaran yang turut disertai tokoh sastarawan tanahair. Meskipun ia akan dimansuhkan berperingkat-peringkat, sekurangnya-kurangnya keputusan politik Najib dilihat sebagai satu perkiraan politik popular.
2. Selepas perhimpunan besar-besaran anti ISA di ibukota, percayalah ISA juga akan dipinda sebagai satu lagi perkiraan politik popular Najib.
3. Pinda memang tidak memadai tetapi itulah pendekatan yang paling berani boleh dibuat oleh Najib. Sekurang-kurangnya, Najib lebih terbuka daripada Pak Lah dan juga Mahathir.
4. Apabila keputusan politik popular diambil. Harap PAS jangan mengigit jari.
5. PAS boleh kerahkan kekuatan ahli dan penyokongnya untuk berhimpun. Perhimpunan anti ISA, anti PPMSI dan Bersih adalah sekadar contoh kecil.
6. Dulu aku pernah belajar makna pepatah yang menyebut 'lembu punya susu, sapi dapat nama'.
...
- MS
- Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com
4 comments:
dari http://hijau-tinta.blogspot.com
Kena Tulis Nama
Anak sulungku tahun pertama
tiba-tiba bertanya, kenapa bila pagi
masuk sekolah, kena
tulis nama
Hairan, kutanya dia – siapa tulis
Su Na dan kawannya. Jawabnya, terang
dan bersahaja
(Su Na adalah emak saudaranya – tahun lima,
Su – bongsu, Na – singkatan namanya)
Kenapa pula kena tulis nama
O patutlah, begitu rupanya
Su Na dan kawannya,
pengawas
Tulis nama sebab, anakku lewat
Kerana abuyanya hantar dia
lambat
Benar-benar susu lembu punya,
sapi dapat nama
Bagaimana esok-esok, kalau hari ini
kita asyik melengahkan perintah-Nya
Kena tulis nama atau
apa
____________
Untukmu anak, bila kau
besar nanti
Dari tarikan nafas,
abuyon
Madrasah Sains
27 Julai 09 3.00 petang
pepatah x betoi yeopppp... dh lupa asal usul gamaknya. Wat malu cikgu BM jek
Sikap perkauman sangat penting demi mengekalkan kuasa politik melayu/Islam.
Sikap perkauman dikalangan kaum cina dan india sangat tebal dan kukuh, itu sebab mereka boleh hidup senang dan maju di mana2 sahaja di muka bumi ini.
Sikap perkauman cina boleh disama kan dengan bangsa yahudi.
Kaum cina sangat bijak 'menyamarkan' sikap perkauman mereka sehinggakan sukar bagi melayu yang bodoh mengesan nya.
Budak Ipoh Timor
Kalau kata-kata itu ditujukan kepada saya, baca betol-betol na .. hehe
Post a Comment