Hari ini telah setahun berlalu bapa pergi
tiada yang lebih kurindui saat begini
kecuali mendengar nasihat bapa
yang terselit dalam bertanya
tersusun dalam memberitakan
Sewaktu aku meninggalkan tanahair
tiadaku tinggalkan pada bapa
kecuali sebuah kenangan
berkongsi derita membangun madrasah
di tengah-tengah bendang yang hijau
mengimarahkan masjid sebelah rumah
Sempat aku temui wajah bapa
menahan sakit dengan kudrat yang masih bersisa
sebelum Tuhan menjemput pulang
Senyum gembira mendengar PAS menang
setidak-tidak terbela juga madrasah
yang sarat menanggung derita
Hari ini setahun perginya seorang bapa
Maafkan aku Tuhan
Aku sering terlupa bahawa Kau
yang mengaturkan pertemuan kami terakhir itu
biar sering terfikir betapa sukarnya untuk kami pulang
melayang bagai helang terbang
Aku tidak kecewa bapa pergi
Kerana kami datang di saat bapa ingin pulang
pulang selama-lamanya
Al Fatihah
untukmu bapa
12 Ogos 2009
Swansea
2 comments:
Salam singgah dari Finland.
salam kedukaan dari jordan..
kenangan manis bersama arwah itu menguatkan kita, meski dia tiada, jiwanaya tetap ada...
pada mereka, pada kita dan pada tinggalan maahadnya...
kalian di kenali seantero dunia kerana unik namanya..
SULAM..
kini 45 tahun berlalu, siapa tidak kenal MUHAIMIN SULAM? terkenalnya kalian kerana SULAMnya, bukan muhaiminnya.. moga Allah merahmati bapa..al-fatihah :)
Post a Comment