1. Habis kerja jam 3 pagi, aku bersiap untuk ke London dengan isteri. Tolong isteri buat bekalan makan. Solat subuh sekarang pukul 3.30 pagi. Tak boleh tidur takut terlajak, kerana bas 6 pagi. Lebih 4 jam perjalanan, sampailah kami di Kota London. Makan tengah hari di tengah padang Hyde Park di bawah mentari cerah. Rehlah sebelum dengar kuliah. Sampai di Corus Hotel di Bayswater Road tempat program tersebut, rupanya kami orang pertama yang sampai. Wow semangatnya gue!
2. Menanti rombongan Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang, aku bersembang tidak kosong dengan beberapa orang yang hadir. Melayu, India, Benggali dan Cina pun ada. Semua datang dengan seribu satu soalan. Macam semua nak nasihat agar Presiden PAS itu berhenti bercakap tentang `Unity Government'. Bersungguh benar mereka. Naik gabra aku dibuatnya.
3. Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang berucap ringkas. Sebab beliau tahu, ramai yang datang bawa dengan soalan. Bukan datang dengan telinga atau kaki yang tak bermata. Pertama, sebagai pemimpin sebuah parti politik Islam, mesej beliau tidak boleh lari daripada Islam itu sendiri. Itulah juga yang dinyatakan oleh beliau sewaktu bertemu dengan Lee Kuan Yew sebelum berangkat ke London. Walaupun yang datang dalam majlis itu pelbagai kaum dan agama, Presiden PAS itu terus menyampaikan butir-butir al Quran sebagai asas ucapannya. Itulah yang dicakap samada dalam Pakatan Rakyat, Barisan Nasional ataupun yang tak tahu apa-apa tentang politik.
4. Kedua, Islam mengutamakan pembangunan insan tanpa menafikan keperluan ekonomi sebagai keperluan kesejahteraan hidup. Ilmu pengetahuan, tamadun dan keperibadian tinggi itulah yang mewujudkan kebijaksanaan manusia untuk hidup dengan saling bantu membantu, berhubungan antara satu sama lain. Manusia tidak boleh hidup sendiri untuk memenuhi keperluan mereka. Oleh itu Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud,
'kebijaksanaan adalah barang tercicir milik orang beriman'.
5. Kebijaksanaan itulah yang menjadikan kita berkongsi tamadun dengan tamadun bangsa dan agama lain. Tamadun China yang menemukan teknologi alat letupan dan kertas telah digunakan oleh dunia untuk membangunkan ketenteraan dan meningkatkan keselamatan mereka. Tamadun Yunani purba tentang pentadbiran seperti demokrasi digunakan oleh dunia untuk mengurus masyarakat dan negara. Manakala tamadun dan perkembangan sains dan ilmu pengetahuan di Baghdad dan Andalusia juga dimanfaatkan oleh dunia.
6. Kerajaan Islam memanfaatkan semua tamadun dunia untuk membangunkan masyarakat sehinggalah terdiri sebuah kerajaan yang kuat dan maju. Akhirnya, kerajaan Islam yang kuat dan maju itu sedikit demi sedikit meninggalkan Islam sebagai sumber kekuatan mereka. Kerajaan Islam menjadi zalim, menindas rakyat dan menyebabkan pemberontakan berlaku. Dari bangsa Quraish yang dianggap bangsa terkuat, telah berpindah kepada bangsa Kurdis, kemudian kepada bangsa Mogul. Inilah yang pernah disebut oleh Imam Mawardi tentang ciri kepimpinan yang ketujuh;berbangsa Arab Quraish. Bukanlah Imam Mawardi menyatakan hanya Arab Quraish mempunyai darah kepimpinan tetapi sebenarnya ia merujuk kepada kualiti kepimpinan semasa yang memiliki pengaruh luas.
7. Tuan Guru Presiden ada sebut istilah 16 Sep sepintas lalu. Terus kepala aku menangkap ada benda di sebalik itu yang beliau tak mahu ulas lanjut.Tetapi bagi aku penting. Namun barangkali, ada yang lebih penting mengapa beliau tak ulas.
8. Masyarakat mula naik angin bila perut mereka diganggu. Otak sudah letak bawah kaki. Masalah riba, rasuah, untung atas angin, monopoli, manipulasi dan sebagainya. Semua itu ditentang oleh Islam. Dalam menentang amalan riba, al Quran mengisytiharkan perang kepada yang mengamalkannya. Tapi riba adalah amalan lumrah dalam ekonomi. Mengapa manusia tidak menentangnya, sebab perut mereka masih terisi. Mereka tidak kisah kalau timbul masalah sosial sebab kerangka otaknya adalah perutisme. Ini istilah aku pinjam dari Dr. Siddiq Fadhil.
9. PAS mempunyai pengalaman yang luas dalam kerjasama dengan parti-parti politik pembangkang dan kerajaan. Kemuncak kerjasama PAS dengan bukan Islam adalah dengan mewujudkan Kelab Penyokong PAS. Kemuncak kerjasama PAS dengan Umno ialah mewujudkan kerajaan campuran (1971) dan Barisan Nasional (1973). Tiada parti lain seluas pengalaman PAS di Malaysia dalam soal ini. Ini aku cakap.
10. Kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat adalah atas prinsip yang sama. PAS terus dengan dasarnya dan menghormati dasar parti rakannya yang lain. DAP keluar daripada Barisan Alternatif pada 2001, kerana tidak bersetuju dengan konsep negara Islam PAS. PAS tidak pernah berhenti dalam perjuangan yang melibatkan dasar parti . DAP dan PAS sekali lagi bertemu dalam Pakatan Rakyat yang diwujudkan selepas PRU12 .
11. Akhirnya, Tuan Guru bercakap tentang `Unity Government' . Menurutnya, konsep tersebut timbul sewaktu zaman Abdullah Ahmad Badawi menjadi PM. Dasar terbuka Abdullah terhadap institusi kehakiman, langkah pencegahan rasuah, keterbukaan kepimpinannya membuka ruang idea itu dikemukakan. Abdullah Badawi memang awalnya berminat tentang idea tersebut tetapi tekanan dalaman Umno akhirnya menyebabkan beliau terpaksa berundur dari jawatan PM.
12. Apakah itu `Unity Government'? Senang untuk difaham tetapi mengapa payah nak reti? Sebenarnya, inilah yang disebut sebagai `negara tanpa pembangkang' yang pernah diamalkan di UK selepas Perang Dunia, diperkenalkan oleh Nelson Mandela selepas menamatkan dasar apartied di Afrika Selatan dan sekarang diamalkan di Indonesia. Konsep ini berusaha untuk menamatkan perbalahan politik yang merugikan negara. Tiada kaitan langsung PAS masuk Umno seperti yang dihebohkan oleh media dan ramai ahli dan sesetengah pimpinan PAS. Media memang akan memanfaatkan setiap ayat yang boleh dimanipulasikan untuk kepentingan mereka.
13. Habis tu mengapa ramai ahli dan sesetengah pemimpin PAS menentang? Sebabnya mereka memahami konsep itu dalam zaman pemerintahan Najib Tun Razak. Tuan Guru Presiden jelaskan bahawa konsep itu tidak relevan di zaman Najib. Namun, Tuan Guru tidak menolak untuk berbincang dengan sesiapa termasuk Umno. Seperti juga PAS tidak pernah menolak untuk berbincang dengan DAP, PKR dan pihak lain. Memang ada perbezaan pendapat dalam Pakatan Rakyat. Sama juga dalam PAS. Perbezaan pendapat bukan pergaduhan. Itu lebihnya dalam PAS. Mereka ada kebebasan suara.
14. Sambil menuding jari kepada Tuan Guru Presiden, mamat itu bertanya macam-macam. Kurang ajar betul (semangat sebenarnya) mamat ni. Lepas tamat majlis, mereka yang awal tadi tak puas hati dengan Tuan Guru nampaknya semakin jelas. Tiada jawapan yang skema dari Tuan Guru , tiada retorik atau janji politik kosong. Dia jawab dengan lurusnya sebagaimana ketika beliau menjawab soalan wartawan selepas muktamar. Bak kata Tuan Guru sebelum sesi soaljawab tu, yang boleh dijawab, dia jawab. Yang tak boleh, jangan temberang. Oleh kerana kami datang ingin mengetahui, kami faham. Kami dengar sendiri dari mulutnya. Sebaliknya jika yang datang nak mencari kesilapan, mereka akan buat berita yang mengelirukan orang.
15. Memang ada soalan yang tidak dijawab dan tidak menjawab pertanyaan. Bagi aku itu bukan isu sangat. Aku tak sempat nak sembang meski satu ayat dengan Tuan Guru selepas program tamat. Tapi aku sembang dengan Dr. Shamsuri dan Hj. Asmuni yang datang sekali. Agak tidak panjang. Nanti aku cerita kemudian.
...
- MS
- Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com
22 comments:
yang ni ke bang muhaimin?
http://www.youtube.com/watch?v=_VFbRtMAfpU
salam saudara Muhaimin yang ku hormati,
Terima kasih..tulis kali ni sangat bertenaga. Penuh informasi dan mudah untuk difahami.
Menanti sambungan...
salam abg muhaimin,
terasa rugi plak saya tak pergi,
menarik juga isu-isu yang ditimbulkan,
insyaAllah, 18 Jun ni di Manchester pula!
moh kita ke sana pula!!
-Hilfi, Leeds-
i know that mamat...insanul kamil. hopefully one day he'll understand the sincerity of Tuan guru and he'll accept Islam. he's very bright btw..
Bhai..
rugi la gua tak dapat join program tue... kalau tidak sure dapat gak persoalan dalam kapla gua clear... hehehe
Salam, barulah ringan kepala gue, alhamdulillah gue terus bertahan menghormati pemimpin gue, yg maki2 hari tu gue buat tak dengar jer, ingatkan TGHH ni lebih bodoh daripada korang (yg memaki) ker? Semua ni media punya pasal... tq bro Muhaimin...
Terima kasih tuan kerana memberi satu laporan yang adil untuk mereka di Malaysia baca.
Saya pun rasa kita kena terbuka dan selama ini pun Tn Guru tidak pernah mempermainkan penyokong PAS demi kepentingan tertentu.
Semoga selepas ini mereka yang nak hentam TG sebarangan fikir dulu apa yang nak ditulis.
Muhammad > tiada duanya Muhaimin
Pemuda Gagah > dapat roh si pemuda gagah!
Hilfi > SB pun datang. Kalau kau datang, senang luku SB itu.
Anonymous > amin
C++ > clear dlm hati
Bang,
Mana ada kerajaan Indonesia ni kerajaan perpaduan.
Di Indonesia adalah kerajaan republik ala Amerika.
Pun begitu, banyak parti yang tidak masuk kabinet.
salam perjuangan..saudara duduk dimana skng...apa gerangan yg ditanya dek mamat 2, ingin gak nak tau..x pe lah mamat 2 tentu nak cari jawapan dan cari pengalaman..apapun syabas tahniah pd semua yang bersungguh mencari penjelasan..mg Islam dpt menjelaskan segala2nya..kadang2 masa gak menerangkan segala yang tersirat..wassalam
salam..
sdra muhaimin sulam ni KULAAN ke..?
Tulang Besi > Bila kata macam ia tidak bermakna sebiji sama. Maknanya pada kita yang ingin memahami. Parti yang tak ada dalam kabinet kerana tak dapat sokongan rakyat. Umno pun mungkin tak ada dalam kabinet kerajaan perpaduan, kalau rakyat tolak dia.
Anonymous > lain kali sebut nama tuan le.
Anak Bapak > kulaan my sedolor.
jangan layan si tulang besi tu..
dia ni anak usrah ustz wan ji..
ustz wan ji pulak keje ngn annual bakro haron..
annual bakri pulak digelar pembantu-pembantu kanan ayahanda yang sesat..
harap maklum
tulang besi memang bangang pun
dia ni makhluk pemecahbelah PAS dari dulu kini dan selamanya. Makhluk yg tidak mahu memahami hanya tahu mencari jalan untuk memburukkan Pemimpin atau penyokong PAS
salam perjuangan..maaf tuan, x letak nama ..saya ibu pada salah seorang student d newcastle..dengarnya anak saya hadiri majlis di London ni..manalah tau kot2 mamat yang digambarkan 2 anak saya..mohon tunjuk ajar dia ye..
woi tulang besi....beramboslah ko dari PAS...tak rugi satu sen pun PAS kalu ko dgn pembantu2 bodoh tu takde dalam PAS...Nyah la kO...
Aku pelik sikitlah.
Bukankah TGHH sendiri kata hentikan isu UG ni sebelum muktamar. Pas muktamar(pas diumum keputusan) nasha kata nak meneruskan. Selepas itu berlaku lawan kenyataan antara nasha dan TGNA. Pastu mustapha mtk hentikan kenyataan. Ok. Tetiba TGHH keluarkan lagi kenyataan di London(apsal bukan Malaysia?). Betulkan jika aku tersalah kronologi.
Ada tak rakaman ucapan TGHH ni? Bleh sharekan pada semua...
Tuan, dimana Tuan Guru sekarang? masih kat UK ke. Teringin benar ana nak jumpa dia.
Nahnu Ansarollah > aku usrah dengan tabligh. Sekeras Tulang besipun boleh lembut.
Anonymous > yang bangang-bangang ni, elok masuk dalam PAS. PAS for All.
Anonymous > tentu puan sudah bimbing dia.
Anonymous > glamer dia lak
JoePenang > Londonpun bumi Tuhan. Kurakam dalam otak sendiri.
Anonymous > minggu depan di Dublin dan Manchester.
assalamualaikum, aku rasa isu ni sangat2 merugikan pas, tersangatlah merugikan pas, manek urai mungkin akan beri signal kerugian ini, tak tau la.harap orang pas istiqomah, dalam sejarah islam, wujud mukmin, muslim dan munafik.pilih lah jalan mana mau ditempoh.
ada 1 forum dijalankan pada 14 jun lalu di institut al-qayyim tempat dr mohd asri zainal abidin.(aku tau ramai orang tak setuju dengan mamat ni tapi, pilih lah dan ambillah 'pati darinya,kalau ada hampas, pilih-pilih, buang lah)aku kira dari forum tu banyak manafaat bole dikutip....kalau ada vcd, usaha dapatkannya.
aku banyak gak mengkritik UG ni, kerna aku rasa ianya satu perkara yang sia-sia, kenapa dilontarkan kedalam minda orang pas, memang tak bole cerna punya bang.
sedara blogger.....aku syahdu dengan lagu background kamu ...aku nangis bang.
tq sedara.
email aku jayyidglory@yahoo.com.my
bg muhaimin, memang lontaran idea UG ni oleh TGHA adalah pada masa zaman paklah, sekarang dah zaman najib, tak payah dok sebut2 lagi...
media yg seronok mainkan, media laga2kan kita jadi dua puak, habih pecah belah, erdogan la, ulama la... tp yg ust nasa masih rasa seronok sangat bercakap pasal nak bekerjasama tu apa cerita, adakah sebab dulu dia dan hasan ali dah bjumpa dgn paklah di sngor lepas pru12 dan sejak2 tu dah tak mau berenti cakap pasal kerjasama....?
kalau dah paklah pun dah tak jadi pm, cukuplahh... tutup mulut pasal kerjasama ka UG ka, atau apa saja berkaitan dgn keterbukaan kita nak bincang atau kerjasama dgn UMNO, dasar terbuka tu memang jelas dari dulu, kita bukan sahaja terbuka dgn UMNO malah dgn semua pihak, dgn parti2 lain macam DAP dan PKR kita terbuka.... tak perlu la dok ulang2 ayat terbuka dan kerjasama tu, sebab sekarang ni dua perkataan dah jadi fitnah yg maha dahsyat, dah memecah belah semua ahli pas... apa cerita kalau TGHA pulak yg dok kena maki dan marah dgn semua orang sebab seolah beliau yg dilihat mahu kepada UG/kerjasama dgn UMNO padahal ust nasa yg suka buat kenyataan... tologn laa... saya lihat sekarang ni TGHA sudah terpalit dgn fitnah yg keluar dari mulut ust nasa sendiri... fitnah dalam erti kata, ust hadi sendiri tau bahawa UG bukan nak bawak PAS masuk UMNO tp sebab ust nasa suka sangat nak kerjasama dgn UMNO, habih dgn TGHA pun orang kata suka pada UMNO... tolong la nasihat ust nasa tu baik rentikan la kerja2 bodoh nii.... tak pun dia ikut aja saranan TGNA masuk UMNO terus dari dok dalam PAS tp buat kerja yg memecahbelahkan PAS!
dino..
tang cerita para ulamak dok bercakap2 pasal UG pada waktu muktahir ni mmg puak yang sokong UG tak dapat jawab. dok ulang walakwalakwalkman.
Post a Comment