1. Mahkamah sudah putuskan Chin Peng tak boleh balik ke Malaysia. Walaupun ada yang berhujah bahawa Rashid Maidin dibenarkan balik ke Gopeng, Musa Ahmad dibawa balik dari negara China oleh Kerajaan. Samalah dengan Shamsiah Fakeh. Mengapa Chin Peng tak boleh pula?
2. Sekali lagi pendekatan perkauman digunakan untuk mengiakan keputusan dan menidakkan keputusan.
3. Chin Peng tak boleh balik. Tapi ada beribu-ribu yang lebih merbahaya daripada Chin Peng sedang bermain api sekarang. Ia mungkin sedarah daging dengan Chin Peng atau mungkin tidak.
4. Zaman peluru sudah dingin. Sekarang zaman lontar batu, sembunyi tangan!
...
- MS
- Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com
2 comments:
jika kita dapat maafkan brit yang telah Merogol hasil bumi utk majukan negeri mereka, Membunuh para ulama', digantung mayatnya kaki naik atas dan dibiarkan berhari2, Merobek tubuh perjuang anti penjajah yang membela kedaulatan negeri, Menghina dan memperbodoh2kan raja2 melayu, Menghilangkan manuskrip melayu sehingga melayu hilang sejarah diri, kenapa kita tak maafkan saja chin peng?
najib serba salah...
maafkan chin peng dan org cina akan sanjung najib...
tapi org melayu pulak terutama yg jadi mangsa kominis akan menyunpah najib dan menyokong pas/pkr...
Post a Comment