...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Thursday, 4 June 2009

Bravo Bang Mat Sabu !

1. Bila aku sokong Bang Mat Sabu, bukan bermakna aku tolak kepimpinan Ust. Nasaruddin atau Husam kalau antara mereka menang.

2. Bang Mat Sabu adalah lambang mustadafin (kaum yang tertindas) dalam PAS. Walaupun jawatannya sebagai Naib Presiden PAS, tapi parti melayan dia macam ahli parti biasa. Ada yang sekadar AJK PAS kawasan tapi dilayan macam Sultan!

3. Apatah lagi media perdana, langsung tak pandang siapalah makhluk yang bernama Mat Sabu. Orang hanya nak mulutnya sahaja bukan nak kepimpinannya, sejarah pengorbanannya dan misinya.

4. Aku tak salahkan ahli PAS yang kagum pada kulit buku. Cuma aku kesal pada pemimpin PAS yang berfikiran kulit, retorik, elit!

5 comments:

Gedung Akal said...

Tuan,
Saya setuju pendapat tuan.
Mat Sabu bukan profesional dan bukan ulama. Mat Sabu aktivis PAS yang meraikan marhaen dan diraikan marhaen.
Gagal memandang ke bawah adalah elitis, atau konservatif yang jelas tumpul daya rasa dan fikirnya.
Maaf kerana berkata-kata.

jawa sg.lampam said...

2 malam lepas saya dengar ceramah mat sabu distadium jugra,banting memang best walaupun hujan turun
namun begitu,bagi jawatan timbalan presiden saya rasa husam musa yg paling layak...
untuk jawatan naib presiden,saya rasa tuan ibrahim dan salehudin ayub memang layak
untuk ajk m.nizar sudah pasti bakal mendapat undi tertinggi dan saya berasa lega beliau tidak bertanding naib presiden kerana beliau masih baru dipas pusat.

azmietaha said...

Assalamualaikum Ustaz. Saya pengikut bawahan wajar digelar 'grassroot' terima sahaja siapa yang layak menjawat jawatan tersebut. Salam perjuangan... Takbir.

ahli pas klang said...

Pemilihan dah dibuat...
Nampaknya para perwakilan lebih bijak memilih...
Apapun kpd Nasha harap2 jgn lagi disebut pasal kerajaan perpaduan.
jgn sampai org Cina dan India menolak pas dipru 13.

lebai-mangkuk said...

Salah satu penceramah PAS yang Lebai sangat gemari ialah Mat Sabu. Mat Sabu ni pada pendangan Lebai ianya lebih hebat dari Sukarno bekas president Indonesia dulu. Salah satu dari ceramah nya yang Lebai masih ingat ialah berkenaan kebijaksanaan cina berpolitik.

Kata beliau, setiap kali diadakan PRU, orang melayu berpecah - ada yang sokong UMNO, ada yang sokong PAS, ada yang sokong PKR dan ada juga yang sokong DAP.

Orang cina pula, pada setiap kali PRU di adakan, cina bersatu. Bersatu dalam MCA atau Gerakan atau DAP. Dan ini lah masanya mereka menuntut apa saja yang mereka hendak. Setiap PRU mereka mendapat habuan besar dan orang melayu pula dapat rugi besar.

Dengan cara mereka buat ini, sedikit demi sedikit hak2 orang melayu telah terhakis.