...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Tuesday, 16 June 2009

Soalan Aku Yang Ustaz Hadi Tak Jawab

1.Waktu Ustaz Hadi berucap di Corus Hotel London, aku duduk baris depan sekali sebaris dengan student dari Nottingham.

2.Aku bangun untuk memberikan soalan yang mudah. Apalah ertinya kita perjuangkan demokrasi di Malaysia, setelah kita menikmati sedikit kebebasan bersuara, demokrasi agak terbuka, rakyatpun mula sedar sikit tetapi dalam masa yang sama hak kita semakin terhakis? Senang-senang orang boleh kutuk Islam, gejala murtad, Melayu berkelahi sesama sendiri, SAR kena naya dsb…..

3.Ustaz Hadi hanya jawab mengapa perlu kita perjuangkan demokrasi di Malaysia. Bahagian hujung soalan, tidak dijawab. Aku tahu bukan Ustaz Hadi tak mahu jawab atau tak tau nak jawab.

4.Aku tak kisah soalan aku tak dijawab. Bagi aku soalan itu hanyalah luahan aku tentang resah melihat orang Timur taajub dan ghairah sangat dengan demokrasi Barat.

5.Takut jadi seperti penoreh getah tahun 40an di Malaya, duit banyak kerana harga getah tinggi, beli peti ais Kelvinator untuk buat almari baju.

6 comments:

Tuk Ketuo said...

Lahai lain kali tuan poei azan kt telingo Hj tu biar dio kembali ko alam nyato.

Hj tu dongan Nasa-Tapa and the gang penipu tu den ingat dah hilang ingatan daripado alam nyato ni.

azmietaha said...

Salam ya Ustaz. Kalau ada kesempatan sila baca buku 'AQIDAH DAN PERJUANGAN' karangan Allahyarham Ust. Fadhil Noor. Pergi pada m/s 50-51.
Releven dengan tempo sekarang. Kelakar giler!

'Dia pukul aku dia menangis.
dia mencaci aku dia mengadu"
Sebuah pribahasa arab.

aznir said...

peti sejok Kelvinator??!! klasik tu bro..umah gua dulu pakai nak dekat 20 tahun..mak gua punya sayang dgn peti sejok tu tuhan je yang tahu...kakakakakaakaaaa...

menara api said...

kini sudah jadi satu pertembungan antara 2 ulama parti pas.mirip2 perkelahian syaidina ali dan syaidina muawiyah.masing2 ada penyokong, masing2 ada pembawa berita, di belakang masing2 ada orang dok merencana untuk mempelaga sesama mereka, cucuk sana, api sini, sapa betoi, sapa rugi, kalau dalam persengketaan antara puak syaidina ali dan syaidina muawiyah menurut sejarah, mengorbankan ribuan jiwa, peristiwa ini dah jadi sejarah didalam sejarah islam, tinggal kita umat kemudian wajib ambik iktibar.mengikut fahaman sunni, status siapa salah dan siapa betul di tawaqufkan, tapi mengikut fahaman syiah puak syaidina ali yang benar.

wahai umat akhir zaman, buatlah pilihan, kembalilah kepada method2 yang digariskan Allah apabila menghadapi masalah.....hangpa semua orang islamic scholar, takkan tak reti kot.yang paling penting jangan merugikan islam.

imakubex said...

Assalamualaikum,

Perhaps we ourselves have yet to formulate a system in the current age which corresponds to all of our modern needs? Though Western styled liberal democracy is, in our collective conscience, insufficient, what model can we come up which can address the issues that we have at hand effectively and without contradicting ourselves?

I am not sure if we have a political philosophy that is fireproof under scrutiny. I am not saying that we should fight for liberal democracy in the western sense of the word, but I am saying that we might not have thought everything through in order to propose a viable and consistent solution.

wallahua'lam

Wslm

Anonymous said...

salam,
bukan sj tok pa & nasa aje yg dok *cekek*TGHH.tapi ada *makluk*yg menabur duit tumpang semangkok...janji dapat berkepit dgn TGHH...dunia punya ceriteee....