...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Monday, 22 June 2009

Catatan London (UPDATED)

Maaf tulisan sebelum ini terlalu ringkas. Ini yang updated.

  1. Balik dari London. Aku dengar balik rakaman perbincangan dengan Tuan Guru. Lebih sejam perbincangan itu.

  1. Satu demi satu aku dengar berkali-kali rakaman itu. Ada perkara baru dan ada yang lama diberitahu oleh Tuan Guru Presiden. Yang lama, aku tak mau ulang lagi.

  1. Konsep Kerajaan Perpaduan adalah idea Presiden PAS yang harus dilihat pada latar belakangnya mengapa idea itu dilontarkan. Seperti juga idea Projek 16 September. Itu adalah idea Anwar Ibrahim sendiri. Rahsia dalam rahsia (istilah aku). Memanglah dalam hal ini, akupun setuju dengan Anwar. Tak kan nak heboh semua tentang perincian projek itu. Ini projek politik, bukan projek perumahan yang lengkap maklumatnya. Masalahnya, apabila ahli semua nak tahu apa pemimpin buat. Apa yang pemimpin fikir. Apa yang pemimpin impikan.

  1. Bagi Tuan Guru, Projek 16 September mestilah menguntungkan Islam. Majoriti yang menyokong mestilah daripada ahli Parlimen muslim. Ini bermakna, Projek 16 September mesti mendapat sokongan kuat daripada ahli Parlimen UMNO.

  1. Dalam siasatan oleh beberapa ahli Parlimen PAS (tak perlu sebut nama), antara lima ahli Parlimen BN yang hendak menyokong Projek 16 September, tidak begitu meyakinkan. Walaupun Anwar dakwa ada lebih 20 ahli Parlimen BN akan menyeberang.

  1. Pertemuan dengan pimpinan Umno selepas PRU 12 samada secara gelap atau terang, itu dilakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Anwar Ibrahim dan juga beberapa pimpinan PAS. Yang gelap, diterang-terangkan. Yang terang, digelap-gelapkan oleh tangan yang tidak bertanggungjawab. Hati sudah gelap.Tidak mahu menerima penjelasan yang mudah.

  1. Mengapa boleh berlaku begini? Sebab ada `orang kita’ lebih senduk dari kuah (istilah aku) bila melihat idea orang lain. Kagum dengan parti lain. Tanpa melihat sejarah perjuangan parti yang tidak pernah khianat dalam berjuang. Terlalu ghairah dengan undi yang diterima dari bukan Islam semasa PRU 12. Takut hilang sokongan daripada mereka.

  1. Ada ‘cerita lain’ yang timbul daripada isu idea Kerajaan Perpaduan. Idea itu dijadikan alasan untuk menimbulkan keributan dalam parti. Cerita lain. Tuan Guru kata, kita sebagai manusia memang ada kelemahan. Tuan Guru sendiri sebut, beliau juga ada melakukan kesilapan. Itu kelemahan sebagai manusia. Cuma jangan kesilapan diselesaikan dengan kesilapan lain.

  1. Di penghujung pertemuan itu, aku minta pimpinan PAS 'lebih bijaksana' dalam melakukan tindakan terutama tindakan 10 ahli parlimen PAS membuat kenyataan di Parlimen. Aku sebenarnya tidak mahu sebut istilah `lebih bijaksana' itu. Macamlah kami kat sini hebat sangat. Nak nasihat orang yang lebih hebat. Tapi Tuan Guru berkata, ‘kena sebut itu (lebih bijaksana)!' Mungkin Tuan Guru kata begitu, untuk memberikan ingatan.

  1. Satu lagi, beliau menjelaskan beberapa parti dan gerakan Islam di Jordan, Turki, Indonesia, Kuwait berpecah, hilang pengaruh setelah menang kerana merasa partinya kuat, pendiriannya betul, menghukum musuh berlebihan dan sebagainya. PAS jangan sampai begitu.

10. Itu sahaja. Bacalah dengan jiwa yang tenang, lapang dan berhikmah.

13 comments:

Anonymous said...

mlm ni insyaallah polemik 'kerajaan perpaduan'dapat diselesaikan....terimakasih atas tulisan saudara

Dr. Muhamad Faisal Ashaari said...

PAS kemuka kerajaan perpaduan agar PAS/Islam yang lead kemenangan. Bukan ditinggalkan dan dikesampingkan.

Anonymous said...

Penulisan tidak jelas. Tak faham la.

Ibnu Ali said...

Tengok gambar Tok Guru.. teringat cerita matrix..

(gurau TG, jangan mare haa)

wan said...

Apabila aku minta pimpinan PAS lebih bijaksana dalam melakukan tindakan terutama tindakan 10 ahli parlimen PAS membuat kenyataan di Parlimen. Tuan Guru bersetuju benar. Tuan Guru berkata, ‘kena sebut itu!'

muhaimin, kenyataan no 8 tu ana tak faham lah. boleh urai tak? walaupun anda bukan di manik urai...

pasnational_unity said...

1.Semoga catatan santai ini menjernihkan keruh yang ada tentang ide UG.Bagi LPN, di Malaysia wajar UG diwujudkan.Kita kan berbilang bangsa.Soalnya bentuk yang bagaimana UG ini hendak diolah? Kita yakin dengan kebijaksanaan kepimpinan PAS yang ada.


2.Apa yang penting semua pihak dikalangan pimpinan kita until akar umbi perlu laksanakan tanggungjawab / amanah yang besar sesuai dengan tema ucapan-ucapan dasar Presiden eg "Memimpin Perpaduan", "PAS Untuk Semua" terkini "Islam Memimpin Perubahan".

3.Jika tak laksana, ia bakal mengundang masalah..itu yang tak habis-habis diperkotak katikkan.Gusar juga melihat bukan sahaja rakyat yang keliru, tetapi orang-orang PAS pun turut sama (mohon maaf jika terkasar bahasa).

"Keupayaan PAS menggarap seluruh cabaran dalaman dan persaingan luar (realiti baru), akan bergantung kepada kesediaannya, di mana ia amat dipengaruhi oleh keupayaan keilmuan, hikmah & kebijaksanaan menyongsong senario politik masa depan secara pro aktif, antisipatif dan berani" - Al-marhum Ust Dato'Hj Fadzil Mohd Nor

"Welcome to the world of unity"

azmietaha said...

Salam ya ustaz! Photo di atas sana menjelaskan segala-galanya
takut
geram
marah
dan kesumat
telah pergi jauh-jauh!
KAN?

Ya Allah!
Sesungguhnya kami mohon kepada-Mu agama yang selamat(islam)
badan yang sihat lagi 'afiat
ilmu yang terus bertambah
rezeki yang berkat
taubat sebelum mati
Ya Allah!
mudahkanlah kami menghadapi sakaratul-maut
kami mohon pada-Mu
apa jua
kiranya Engkau selamatkan kami daripada azab neraka
dan mendapat keampunan-Mu ketika dihisab
Selawat serta salam kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keatas keluarga dan para sahabatnya.

Ubaid Madani said...

Tindakan 10 MP tu ok gak cumanya dihujung tu #kami berdiri teguh dbelakang TGNA# seolah-olah ada 2 team,bersangka baiklah sesama jamaah..apa yg berlaku ni ada hikmahnya,so next time jangan lagi ada yang nak tunjuk hebat diri,kalu #berbincang#berilah tahu pimpinan yang lain supaya tak bertelagah lagi..malu sedunia..

adam said...

saya faham yg no 8 tu, kpd yg tak faham cuba baca dlm intonasi yg kontra: 'lebih bijaksana' lawannya?? anda akan faham.

Alhamdulillah, terima kasih Allah, semuanya telah selesai kini, TGHA pemimpin berjiwa besar!!!

tajamkannuraniku said...

Salam perjuangan..biasanya bila sesuatu idea diluahkan ..pasti ada yang menyokong dan pasti ada yang menyanggahnya..semuanya menggambarkan ada rasa cinta dan sayng pada Islam..sayang pada jemaah..dimeja perundingan pasti segala persepsi dapat dipulihkan.. semua kena berfikir menang menang..harap2 jgn ada pula nanti yang berkeras fikir menang kalah atau berfikir kalah menang..untuk mencapai kata sepakat "synergy" mesti diushakan... "Synergy is not just teamwork or cooperation. Synergy is creative teamwork, creative cooperation.Something new is created that was not there before.."'Doa saya sefamily pada ArRahman ArRahim - moga pemimpin2 kita yang competent dan skillfull ini semuanya sentiasa dalam pimpinan Nya jua...

Hanya seorang insan yang kerdil di dunia maya ini... said...

Salam....
Alhamdulillah....
Dah settle dah polemik UG....
Ada hikmah di sebalik apa yang terjadi...
Pada saya ini adalah proses pembersihan jiwa yang Allah berikan pada pimpinan dan ahli-ahli PAS.
Allahhuakbar! Allahhuakbar! Allahhuakbar!

Hanya seorang insan yang kerdil di dunia maya ini... said...

Alhamdulillah....
Semua dah selesai...
Pandangan saya...
Hikmah di sebalik apa yang terjadi...
Inilah proses pembersihan jiwa kepada seluruh pimpinan dan ahli-ahli PAS.

Alhamdulillah...
Allahhuakbar! Allahhuakbar! Allahhuakbar!

tajamkannuraniku said...

Salam perjuangan...selepas baca perkembangan terakhir tentang UG baru terbaca artikel di www.zaharudin.net , satu artikel yang begitu menarik..mungkin dapat seimbangkan semula persepsi dan salah tanggap kita walaupun ia agak berbentuk akedemik, tapi sungguh, penuh informasi....alhamdulillah semuanya dah selesai, terang benderang..masing2 mampu tersenyum lebar..Alluhuakbar!alhamdulillah!.itukah synergy yang saya maksudkan?...mg pengalaman dan ujian ini semakin menguatkan ukhuwah antara pemimpin dan ahli..marak dan permudahkan wala' thiqah dan jihad kita...x kira dimana , bagaimana, banyak mana, kerap mana kita meneruskan jihad ini..takbir!!! AMPUNI KAMI ya TAWWAB yang begitu mudah berpersepsi sesama sendiri...begitu mudah terlupa semua yang berlaku ini pasti ada hikmahnya dan semuanya dalam pemerhatian Mu, semua nya Pasti di uruskan oleh MU..mudah2han ujian ini telah mengeluarkan permata2 yang terpendam selama ini...Amin