Di Ladang Ini
(Maaf keranaku terpaksa ghairah juga seperti kalian
bercakap di hadapan wartawan)
Saudara,
Saudara miliki ruang
tanah sendiri seumpama ladang
suburnya menghijau tidak pernah gersang
situlah kalian berdiri
situlah kalian berlari
tidak seperti aku
sudahlah jauh di negeri orang
tinggal merawat luka sendiri
merapat malam dengan siang
melakar warna langit yang hilang
entah dipandang, entahkan tidak.
Alangkah indahnya
jika tanah ini kembali berhuma
jika sungai itu mengalir air yang jernih
jika denai itu kembali ceria
jika kaki saudara masih setia
pada ini ladang
bukanlah saudara
memimpin dengan meminta
kempen,
perancangan tersusun
atau
munajat panjang
bersuaralah dalam ladang itu
semailah benih
bajaklah pandangan
tuailah keputusan
hidangkan pada aku sepinggan
meski nasi tanpa lauk
tanpa sayur
tanpa garam
kerana aku tidak pernah meminta
lebih daripada itu
sekadar huma
dari ladang kita
Swansea. UK
...
- MS
- Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com
7 comments:
Yaa Rabbi... Barangkali inilah munajat panjat setelah berakhirnya sebuah episod
Episod duka bagi seorang pejuang
yang ditinggal jauh di padang ilalang
Ustaz...
Inilah hikmahnya
kita-kita dah tersedar barangkali
Siapa-siapapun diantara kita...
somebody or no body memang tak terlepas membuat silap
Dari silap itu kita bina satu keyakinan baru
kita hamba tidak maksum...
Nik Aziz kah dia Hj. Hadikah dia atau sesiapa-siapakah dia yang memegang pelbagai jawatan... tetap ada kelemahan.
Rasanya cukuplah duka cita kita,
air yang berkocak di dalam cawan dah tumpah, keliling-kelilingnya dah basah...
Masa untuk kita keringkan yang basah itu.
Jangan ditayang-tayang lagi duka itu,
duka kalau ditayang-tayang akan bertukar warnanya.
Keruh....akan bertambah keruhnya
Hitam... akan bertambah pekatnya..
amarah tanpa kawal akan bertukar menjadi pawana jingga...
menjadi pisau yang pepet
tetapi runcing didalam.
Kita hidupkan blog kita dengan suasana yang baru biar SATU DUNIA
tahu kita dah kembali pada akarnya...
Jangan sampai malaun-malaun di luar sana mengecap kita...'kononnya islam...tapi handle sedikit masalah nampak betul-betul bukan dari orang islamnya.'
ISLAM BUKAN RETORIK.KAN?
Wahai Tuhanku!
Engkaulah sebaik-baik tempat meminta.
Engkaulah sebaik-baik Tuhan
Yang melimpahkan kurnia.
Wahai Tuhanku!
Engkaulah sebaik-baik tempat berharap
untuk seluruh ummat meleraikan kejahilan tak terucap.
Dengan cahaya hidayah untuk kekasihmu
yang teroilih(Nabi Muhammad),
dengan kesucian zat-Mu,
seluruh kegelapan tersingkap.
Maaf
tenang-tenangkan hati.
Assalamualaikum
salam perjuangan...coretan yang benar2 menajamkan nurani ini..ditambah dgn lagu satu hati ini...membaca nya merasa seolah2 ia luahan hati anakanda ku sendiri..mg kita semua teguh dan kuat merasa semua yang sedang diuji oleh Yang Maha merancang dan Maha mengurus segala urusan...
Betapa berat bahu yang memikul tanggungjawab kepimpinan ini...bakal disusuli keringanan bebanan di akhirat...
Setialah pada ladang,
kalau supervisor ladang kena marah dek boss ladang.
Janganlah kita cakap
dekat penjual sayurkaki potpet
yang kita dah suruh supervisor jumpa boss ladang.
Dah lah Boss satu lagi kat ladang tu kita buat serupa orang-orangan yang tak layak nak kena hormat.
salam perjuangan..dalam suasana sulit ini kita pekerja ladang sedang diuji kesabaran,kemampuan memberi wala', thiqah dan adab berjemaah..apapun yang tersandung pasti ada..masing2 mempunyai persepsi tersendiri dan kematangan tersendiri..ambillah masa untuk melihat suasana ini secara menyeluruh, jgn mudah dan cepat berpesepsi dan hanya melihat drp sudut dan kacamata sendiri..
Mg pengalaman ini nanti melahirka pemimpin2 yang lebih matang dalam semua hal....kita sebenarnya saling memerlukan antara satu sama lain dalam berjemaah, saling menegurdan saling menguatkan antara satu sama lain..inilah indahnya berjemaah...
salam perjuangan...yang pasti buat masa ini UMNO sedang bermaharajalela memainkan isu ni bermuka2 surat dan bertali2 berita TV mendesak perbincangan UG disegerakan..ahli pula berselerakan disanasini mencari jawapan dan kepastian... Ya Allah kami ikhlaskan dan pasrahkan semua kesan dan penyelesaikan kepada mu Ya Allah ..engkaulah Yang Maha Mengurus segala urusan..
macam tu rupanya.
intan kalau dalam lumpur, intan juga!
tajam dalam lunak... :)
Post a Comment