...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Thursday 11 June 2009

Apabila al Quran Di Hujung Tombak!

1. Apabila para sahabat dan keluarga Nabi berperang sesama sendiri, umat Islam di dalam fitnah yang cukup besar. Siapalah kita untuk dibandingkan Ummu Mukminin, Aisyah r.a dan Syaidina Ali kw. atau Amru al As, Zubair Awwam dan para sahabat lainnya.

2. Apabila ulama bercakaran sesama dalam parti, ini satu fitnah yang cukup besar. Media perdana dan akhbar parti menjadi medan pertempuran. Ahli yang sedia berkorban sekali lagi jadi korban pada pemimpin.

3. Sejarah telah tercatat. Seruan kembali kepada al Quran akan berkemundang di hujung-hujung pena dan mulut pemimpin dan para pewaris Abdullah Ubai.

2 comments:

Amri Mat Saaid said...

salam sdra muhaimin

bersediakah pimpinan untuk mengelak dari berlakunya perpecahan dalam jemaah, apakah mereka hanya sekadar membaca kitab bila merujuk kisah perebutan kuasa di zaman khalifah

Anonymous said...

Salam,

Benar sekarang ini Abdullah bin Ubai ,Abdullah bin Saba' jelmaan baru boleh berada di mana-mana.Mereka akan mencucuh api fitnah agar jemaah berpecah.Siapa-siapa yang menjumpai baranya hendaklah cepat-cepat padamkan.jangan pula kita membantu memarakkannya pula.Ingat azimat ini untuk keselamatan kita "Tiada Jemaah tanpa wala' dan tiada wala' tanpa ketaatan" - atsar saidina Ali K.W.

Banyak Peristiwa dalam sejarah Perjuangan ini yang berkait dengan wala' serta kaitannya dengan kemenangan dan kegagalan ummah

1. Gagal wala'kepada Saidina Musa a.s menyebabkan bani Israel disesatkan di gurun sinai selama 40 tahun (kemenangan hanya selangkah cuma)

2. Bahagian kecil tentera Talut yang taat kepada pimpinan supaya tidak minum air sungai kecuali seteguk itulah yang dianugerahi kemenangan

3. Wala' dan tsiqah sahabat kepada Rasulullah dalam kontroversi hudaibiyyah membawa kemenangan akhirnya.

4. Kegagalan tentera Saidina Ali k.w untuk tsiqah dan wala' kepada pandangan politiknya bahawa perbuatan Amru mengangkat alQuran di atas tombak adalah "suatu perbuatan benar digunakan di tempat yang salah" mengakibatkan tragedi yang masih diratapi hingga kini.(Dalam hal kecamuk perang siffin ini,sekali lagi Khalid samad terpesong natijah peristiwa - cakap dengan orang tak ngaji bolehla .kamu profesional bidang lain(tanyalah ulama -profesianal urusan kenabian ini).

serta banyak lagi kisah

Oleh itu diserukan kepada umat Islam Taatlah kepada Allah,taatlah kepada rasul dan ulil amri (yang sah) dari kalangan kamu,bagi melayari dengan selamat bersama bahtera melalui gelombang fitnah yang bermaharajalela.