...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Tuesday, 7 April 2009

Menang Jua Akhirnya

1. Samada BN atau PR, kedua-dua lebih menaruh harapan menang di Bukit Gantang. Banyak faktor mengapa kedua-dua perlu menang di situ berbanding di Bukit Selambau dan Batang Ai.

2. Akhirnya, PAS menang dengan kelebihan majoriti berbanding PRU 12 dan meletakkan DS Ir Nizar Jamaluddin sebagai calon PR adalah satu tindakan tepat meski risikonya tinggi. Siapa yang berani berumah di tepi pantai, jangan takut dilambung ombak.

3. Biar perubahan berlaku di saat-saat akhir waktu kempen, mood pengundi tidak dapat dipengaruhi oleh pendekatan drastik BN seperti kembalinya Tun Mahathir ke dalam Umno dan perubahan dalam kabinet Umno. Mungkin, tidak sempat meninggalkan kesan dalam masa yang begini singkat.

4. Referundum rakyat sudah dibuat. Restu rakyat sudah diperolehi. Kini waktu pemimpin meneraju bahtera ke lautan yang lebih luas. Kelasi jangan lalai, nakhoda jangan angkuh, layar jangan terus biar berkembang, takut angin membawa jauh. Ada waktu layar beralih arah, agar tidak melanggar ombak besar. Tujulah ke pelabuhanNya dengan jaya.

5. Selamatlah kalian semua berjuang.

4 comments:

Sang Bayan said...

"The people have spoken."
Ayat tepat utk pilihanraya di bkt gantang.Cakap omputeh pulak? Lantak.Janji tak broken.
Realiti kehidupan sudah lagi tidak pelik. Lumrah dunia, kadang merudum kadang naik. Apa lagi dunia politik sarat polemik.
Bagi pihak yang menang, tahniah dan selamat berbakti.
Buat yang tewas, jangan sakit hati, muhasabahkan diri.
Sekurang-kurangnya, sudah tenang sedikit untuk nonton berita di tv.
2 minggu yang sudah, otak kacau disogokkan fitnah berkati-kati.
Tidak mahu shubhat,lantas tv terus saja dimati.
Tertanya-tanya, berita apa pula ya malam ini? Lantak.

Anonymous said...

Saya akan pastikan PAS/PR akan menang diDUN Sungai Manik dan parlimen Pasir Salak diPRU 13. Siapa calon tak penting asalkan berjiwa rakyat dan sanggup berjuang utk rakyat bukan utk diri dan kroni.Saya mahu Sungai Lampam menjadi kubu kuat PAS/PR suatu hari nanti...

lanterajiwa said...

Salam... Muhaimin... Tolong buat satu posting untuk Sumbangan Dana Untuk Album ‘Dari Rakyat Untuk Rakyat’ dendangan Meor Yusuf Aziddin... aku tengah dalam usaha untuk produce album member aku ni... semua lagu2 rakyat... aku harapkan dana daripada orang ramai...

http://www.pestajiwa.net/

dari...
KHAI
http://lantera-jiwa.blogspot.com/

Nano chemist said...

gua syak Muhaimin tengah sibuk. sebab itu tak ada update baru. Apa2 pun lu kena terus kritik PAS/PR untuk kebaikan rakyat.

Gua tunggu hudud & qisas