1. Setelah Salahuddin Ayub mengumumkan untuk tidak mempertahankan kedudukannya sebagai Ketua Pemuda PAS Pusat, laluan ke manakah beliau selepas ini? Muktamar PAS kali ini adalah muktamar pemilihan kepimpinan.
2. Apakah kedudukannya akan serupa dengan Hishamuddin Hussein yang beralih post asalnya sebagai Ketua Pemuda Umno kepada Naib Presiden Umno? Anwar Ibrahim, Najib Abdul Razak adalah antara contoh yang mungkin ada persamaan dengan Hishamuddin Hussein. Zahid Hamidi mungkin terlewat sedikit.
3. Sejarahnya, tiada Ketua Pemuda PAS Pusat yang dapat naik terus ke kerusi Naib Presiden parti tersebut. Bermula daripada Sheikh Ahmad Badawi sebagai Ketua Pemuda PAS pertama hinggalah Mahfuz Omar, tiada seorangpun yang dapat terus ke post tersebut. Selepas era kepimpinan ulama, Ketua Pemuda PAS Pusat ketika itu, Mustafa Ali hanya berada dalam AJK PAS Pusat. Meski beliau pernah menjadi Naib Presiden tetapi bukan terus dari post Ketua Pemuda. Ust. Halim Arshad dilantik sebagai Setiausaha Agung selepas memberi laluan kepada Ust. Abu Bakar Chik untuk menjadi Ketua Pemuda. Kemudian, Ust. Abu Bakar Chik agak tenggelam. Mahfuz Omar setelah mencuba beberapa kali, belum berjaya setakat ini.
4. Namun, sejarah juga mencatatkan kebanyakan Ketua Pemuda akan mengisi jawatan ahli Harian sebagai unit yang merangka tindakan politik parti. Kemudian laluan mereka akan banyak bergantung sejauhmana kebolehan kepimpinan dan kreativitinya mendapatkan sokongan di peringkat akar umbi. Suatu ketika dulu, Ust. Hasan Syukri dan kini Mustafa Ali adalah contoh terbaik.
5. Jika Salahuddin Ayub berani menentang sejarah, beliau mungkin akan mencipta sejarah tersendiri. Jika beliau ingin mencipta sejarah itu, inilah waktunya. Inilah kesempatan yang terbaik meski akan bertanding sesama bekas kepimpinan Pemuda yang lalu seperti Husam Musa, Mat Sabu, Mahfuz Omar.
6. Menjadi kecenderungan ahli PAS akan menyokong berdasarkan populariti calon tersebut. Post Ketua Pemuda adalah jawatan yang popular dalam rangka organisasi parti. Jika Salahuddin Ayub ingin menyemarakkan semangat demokrasi dalam parti, beliau perlu menawarkan diri sebagai calon Naib Presiden PAS.
7. Aku ingat, kalau Ir Nizar Jamaluddin menang di Bukit Gantang, orang Perak mungkin akan mencalonkan beliau sebagai Naib Presiden. Masa itu, kedudukan Ust. Ahmad Awang mungkin akan dinilai oleh perwakilan.
8. Sekali dayung sudah ditangan, layar sudah dilabuh. Pantang untuk anak muda berundur. Mara lah ke hadapan.
7. Aku ingat, kalau Ir Nizar Jamaluddin menang di Bukit Gantang, orang Perak mungkin akan mencalonkan beliau sebagai Naib Presiden. Masa itu, kedudukan Ust. Ahmad Awang mungkin akan dinilai oleh perwakilan.
8. Sekali dayung sudah ditangan, layar sudah dilabuh. Pantang untuk anak muda berundur. Mara lah ke hadapan.
5 comments:
tuan kena balik cepat sertai politik
ridhwan
http://ziarahsufi81.blogspot.com/2009/04/nak-berpencak-dalam-politik-ini-saranan.html
hmm,
harap2 tidaklah sukar bgnya buat yg luar biasa.
apa pun, dia akan tinggal legasi yg baik dlm pemuda.
tuan bila nak balik malaysia, boleh la jadi s.u perhubungan ganti hasmuni..mungkin dah samapai masanya kedudukan ust.Ahmad Awang di nilai..
Cadangan mencalonkan Nizar sebagai naib presiden,patutlah disokong
walaupun berat rasa dihati kerna org2 lama masih ada,tapi kita kena terima hakikat bahawa itulah kehendak ahli akar umbi spt yg dijelmakan oleh pengundi2 diparlimen Bkt Gantang.
Nizar bukan saja menjadi ikon baru dinegeri Perak tapi ketokohan beliau telah menjangkau arena politik nasional justeru memang layaklah ditampilkan diperingkat pusat....
Salam,
Harap orang Malaysia khasnya PAS Perak calonkan Nizar untuk timbalan Presiden Pas.Ustaz Ahmad Awang sesuai sebagai Timbalan Mursyidul Am.Saya cukup menyokong Nizar sebagai "future leader" Pas/Malaysia jadi kerusi Timbalan Presiden Pas adalah persiapan dirinya ke arah itu lagipun Nizar sudah 52tahun,lbh tua dari Husam dan Ustaz Nasa,matang,handsome dan "ada aura".Kalau tidak sekarang,di puncak popularitinya,peluang DS Nizar untuk jd Tmbalan Presiden Pas kan malap.
Saya bukan orang Perak bangga dengan Nizar,orang Perak lbh lg la.
Post a Comment