...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Thursday, 2 April 2009

Cik Siti Jumpa Tok Guru

1. Orang PAS mesti suka bila penyanyi terkenal negara, Siti Nurhaliza pergi jumpa Tok Guru Nik Aziz Nik Mat di Kota Bharu.

2. Aku agak, Tok Guru waktu muda-mudanya dulu pun suka dengar lagu Hindustan, Lata Mengeshkar ataupun Ummi Kalthom, penyanyi Mesir yang terkenal.

3. Memang agak sukar mewujudkan hubungan antara pendakwah dengan penyanyi atau khalayak seni. PAS khususnya terlalu berhati-hati untuk melewati daerah ini. Meskipun ramai pimpinan mereka mengetahui betapa khalayak seni memiliki kekuatan tersendiri.

4. Al marhum Ustaz Fadzil Mohd. Noor pada ucapan penangguhannya yang terakhir pada Muktamar ke 48 di Putik, Kelantan ada menyebut tentang keperluan melewati daerah ini. Tetapi sehingga kini, masih belum mendapat sambutan yang menggalakkan.

5. Tak kan nak tunggu para artis datang merafak sembah baru kita mendekati mereka.

6 comments:

Ustaz Nasrudin Tantawi said...

Assalamualaikum MIN , apa khabar ? harap anta up date alamat web blog ana tuh . ana sudah pindah ke alamat :
http://episodeperjuangan.blogspot.com

from : Tantawi

Ustaz Nasrudin Tantawi said...

assalamualaikum Min , apa khabar . harap anta dapat up date alamat blog ana tuh . skrg sudah tukar ker :
http://episodeperjuangan.blogspot.com

lanterajiwa said...

Sumbangan Dana Untuk Album ‘Dari Rakyat Untuk Rakyat’ dendangan Meor
Nama Meor bukan lagi asing bagi penikmat muzikal jalanan (busker) terutama di Central Market. Sang penulis lagu dan pelantun suara ini juga telah berjaya menyiapkan 6 album sepanjang beliau digelar seniman jalanan. Tergerak daripada cuit-muit, sepak terajang dunia elitas dan sensitiviti beliau terhadap golongan marhaen maka tercetuslah ilham bagi merakamkan album yang diberi judul 'Dari Rakyat Untuk Rakyat’. Sesuatu perkara yang menarik tentang album yang bakal terbit ini ialah kerana kesemua lirik disumbangkan oleh mereka-mereka yang komited dalam perjuangan dengan cara masing-masing seperti Black (Amin Iskandar) , Rahmat Haron, Ubi Lepih, Abdullah Jones, Hishamuddin Rais, Amer Hamzah Arshad dan Pyan Habib. Merujuk kepada judul album yang merakyat maka Meor mengajak semua sosok yang bergelar rakyat untuk sama-sama menggalang dana menerbitkan album yang memberahikan kejujuran sejurus sebagai satu tatapan generasi esok...

Khaifiat Sumbangan Dana :
Rujuk ke blog saudara Meor
http://www.pestajiwa.net/

gmp said...

kita punya agenda, golongan mereka punya propaganda.. tiada salah dimana.. yang penting kenapa, mengapa, untuk apa??

Anonymous said...

ana rasa pas kawasan bukit gantang mungkin akan mencalonkan YB Ir Nizar untuk Pos pemeriksa kira-kira II kot...depa nak dia tumpu bukit gantang lebih...

rahmat haron said...

saya ada membaca tulisan saudara tentang pengalaman berdemonstrasi dalam isu Palestin. sangat menarik.

saya cadangkan saudara untuk melawat blog kepunyaan Yunos Ali, rakyat Malaysia, bekas aktivis pelajar 70an dan bekas pejuang Al-Fatah di Beirut pada tahun 70 an:

http://uknowsanasini.blogspot.com/

banyak pengalaman menarik.