Euro kali ni memang satu game pun aku tak tengok. Bukan tak minat. Rakan sekerja berbincang soal Euro. Mereka keciwa pasal Turki kalah dengan Jerman pada last minit. Mereka harap Turki menang. Penjaga gol Turki khabarnya memang hebat. Mereka sebenarnya sokong Turki lebih kepada sentimen Islam. Turki satu-satu negara Islam yang bertanding di dalam kejohanan itu. Mereka harap Turki memecah tradisi pakatan negara kristian itu. Akhirnya, Turki terkeluar daripada senarai untuk ke perlawanan akhir. Namun, pencapaian Turki ke peringkat separuh akhir sudah memadai untuk dibanggakan. Kira banggalah berkibar bendera Turki yang bersimbolkan bulan sabit dan bintang lima putih berlatar belakang warna merah. Macam bendera Kelantan je..... rasa macam nak takbir je bila Turki menang. Tambahan pula, Turki sekarang diperintah oleh parti Islam - Parti Keadilan pimpinan Tayyip Erdogan.
Walaupun Jerman memiliki pemain yang baik dan hebat, tapi tak minat nak sokong. Mungkin sebab Jerman selalu dikaitkan dengan Hitler dan gambaran media terhadap sejarah lamanya. Rusia pun mengalami nasib yang sama. Rusia itu jahat - komunis. Lenin dan Stalin.
Spain - lebih kurang semangkuk juga. Penjajah paling rakus di dunia. Memusnahkan pribumi yang dijajah dan memusnahkan tamadun dan khazanah Islam di Andalusia.
Menyokong Turki - bukan kerana bola tapi kerana politik. Agenda politik Turki melalui Euro 2008 yang membawa panji-panji kemegahan Islam terhenti di sini. Kalau Turki masuk final - aku rasa kebanyakan negara Islam akan sokong Turki - sebab agama dan politik. Bukan sebab bola!
3 comments:
turki..
di euro terkenal dgn pasukan bolanya...
di msia terkenal dgn kedutaannya..
Aku suka dgn pandangan ko ni. Sedih aku bila tengok ramai org Islam pakai jersey yg ada lambang salib. MasyaAllah
Saya juga tak suka bola. Tapi menonton Euro disebabkan ada separuh pemain yang beragama Islam.
Setuju. Bola dan Islam itu dua dunia berbeza.
Post a Comment