Perjalanan menaiki keretapi daripada Swansea ke Manchester memakan masa lima jam. Memang memenatkan. Perjalanan di waktu malam – tiada apa yang menarik kecuali mengisi perjalananan itu dengan membaca buku dan kemudian tidur. Entah mimpi apa aku akan menjadi sebahagian daripada penganjur program `Sejenak Bersama Tun Mahathir Muhammad'.
Raja Iskandar yang jadi Pengerusi majlis minta aku untuk menjadi penyambut kepada Tun Dr. Mahathri Muhammad di Manchester Airport. Rombongan Tun menaiki jet persendirian dari London. `Selamat datang ke UK, Tun’ itulah ungkapan aku berikan pada Tun selepas bersalaman di pintu ketibaan. Aku diminta membawa doktor dan pengawal peribadinya. Kira-kira lima buah kereta menyambut rombongan Tun yang seramai lebih kurang lapan orang termasuk isterinya, Dr. Hasmah Ali.
Program itu diadakan di salah sebuah dewan di School of Management, University of Manchester. Lebih daripada 250 orang sudah memenuhi dewan untuk mendengar ucapan bekas Perdana Menteri Malaysia. Aku duduk di tengah-tengah dewan. Memang tak pernah aku dengar ucapan Tun secara langsung kecuali sekadar melalui kaca tv ataupun radio. Terutama ketika membentang belanjawan dulu, aku selalu dengar di kereta.
Seperti biasa ucapannya sarat dengan serangan demi serangan terhadap kepimpinan negara hari ini. Tak sampai sepuluh minit berucap, satu peluru di hantar ke Putrajaya hingga Najib Tun Razak terkena tepat di dahinya. - `dia penakut. Pemimpin tak boleh penakut. Tak taulah, kalau nak pilih dia juga. Itu hak perwakilan’ Begitulah kira-kira ucapannya terhadap orang nombor dua di Malaysia.
Dua soalan aku yang kacang pada Tun Mahathir dijawab dengan mudah. Walaupun hakikatnya dia tidak menjawab. Tetapi itulah karakter Tun Mahathir sebagaimana sewaktu beliau diwawancara di HardTalk. Pengacara itu silap menilai keupayan Tun Mahathir, tidak semua soalan dijawab dengan jawapan sebaliknya dijawab dengan kritikan terhadap Barat. Dalam hal ini, kita wajar respect kat Tun Mahathir. Kelantangan beliau terhadap isu-isu Islam di peringkat global belum ada yang mampu menandinginya kecuali Presiden Iran, Ahmadenijad. Meskipun, rekodnya di dalam politik tanahair masih banyak yang boleh dipertikaikan. Itulah karakter pemimpin. Kita sebagai rakyat perlu ada karakter untuk menentukan pemimpin benar-benar berwibawa.

No comments:
Post a Comment