...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Friday, 30 May 2008

Pakatan Rakyat: Lubuk Islam Liberal?

Ezam menghantar sms pada rakan-rakannya dalam PAS dengan ayat yang sama: PKR dan DAP sudah dipenuhi oleh kelompok Islam Liberal dan Anti-Islam. Sukar untuk berjuang dalam Pakatan Rakyat (PR). Sebab itulah, Ezam melangkah balik ke dalam UMNO.
Melihat beberapa figure dalam PKR dan DAP, memanglah ternyata ramai antara pemimpinnya adalah kalangan kelompok itu. Bahkan, ada yang sudah memegang jawatan penting di beberapa buah negeri. Malah, ada yang berada teguh di belakang isu Lina Joy dan beberapa kes murtad lain. Semua berpegang pada prinsip hak asasi manusia.
Apapun, itu dulu - sebelum dapat kuasa. Sebelum menjadi pemerintah. Sekarang dah jadi pemimpin. Dan ada kuasa dalam tangan. Fikirannya juga lain. Itu mungkin andaian. Tapi biasanya begitulah. Sebelum ada kuasa, pelbagai cara untuk mendapatkan pengaruh daripada masyarakat. Ahli politik akan nyalakan api kemarahan itu bertambah marak dan besar. Supaya ada impak politik pada mereka. Ahli politik tak akan panggil bomba melainkan mereka sendiri yang menjadi bomba jadi-jadian. Lalu......rakyatpun bangkit tak semena-mena macam orang bangun dari tidur. Berarak di jalan raya menuntut hak mereka yang hilang dan terbuang.
Setelah kuasa diperolehi........ time untuk memerintah. Kotak fikiran pemimpin politik akan berubah. Tak percaya? Tengoklah dekat-dekat pemimpin politik yang dah ada kuasa.
Ahli politik adalah orang yang paling rasional. Rakyat biasa saja yang emosional. Mudah dibakar. Mudah disimbah. Mudah ditelan. Mudah dimakan.
Janganlah jadi rakyat biasa! Kalian akan menjadi mangsa nantinya.

No comments: