...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Thursday, 17 April 2008

Doakan Ayahanda Kami

Pada kesempatan ini, saya mohon doa daripada kalian semua agar Allah s.w.t. memberikan kesabaran, kekuatan dan kesihatan pada ayahanda saya yang sedang berada di wad IA Hospital Teluk Intan. Mudah-mudahan seluruh makhluk mengaminkan doa kalian. Amin.

Terima kasih juga kepada semua yang datang menziarahi beliau. Moga-moga kehadiran kalian menambahkan azam dan semangatnya untuk sihat kembali. Semoga Allah s.w.t. memberikan rahmat kepada kalian semua. Wassalam.

2 comments:

Anonymous said...

moga bang min tabah dan sabar dengan salah satu ujian dari Allah dan bersemangat dengan perjuangan menuntut ilmu...amin..
http://www.photoblog.com/terengganukiter/

Smartphone said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Smartphone, I hope you enjoy. The address is http://smartphone-brasil.blogspot.com. A hug.