Kedua tentang Liverpool adalah Beatles. Kugiran yang bukan sahaja mencetuskan satu revolusi muzik di Britian bahkan seluruh dunia. Gandingan mantap Paul McCartney, John Lennon, Geogre Harisson, Ringgo Star dan menjadi ikon anak-anak muda pada tahun-tahun 60an.
muziknya - menjadi fesyen ikutan yang dominan hingga awal tahun 70an. Irama pop yeah-yeah adalah produk Beatles ke dalam dunia muzik tanahair. Time tu, kugiran di tanahair turut terpengaruh dengan irama Beatles. Apabila Beatles hidup secara hippies, para pengikutnya pun turut menyelami kehidupan hippies. Hinggalah fenomena itu ke tanahair. Fahaman hippies-atheis itu begitu kuat pada kehidupan John Lennon sehinggalah dia menyanyikan sebuah lagu yang membayangkan dunia tanpa agama - Imagine. Kira-kira setahun lalu, lagu itu dinyanyikan oleh Ella pula. Kononnya, dia nyanyi bukan kerana liriknya tetapi iramanya!

Kemudian, kami berjalan-jalan di bangunan Edward Court yang kelihatan begitu klasik sekali. Mungkin bangunan itu dibina dalam tahun-tahun 1800. Di hujung bangunan ini terletaknya pelabuhan Liverpool yang menjadi pelabuhan utama bagi Britain sewaktu zaman kolonialnya. Orang Melayu yang menjadi kelasi kapal British ramai tinggal di Liverpool. Mereka sudah menjadi sebahagian daripada masyarakat Liverpool dan sebahagiannya sudah hilang bahasa Melayunya. Namun, aku dengar mereka akan berhimpun di situ pada setiap 31 Ogos bagi memperingati hari Kemerdekaan Malaya!
No comments:
Post a Comment