Minggu ini, aku pergi ke Dublin, Ireland untuk menyertai jemputan daripada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam Ireland bagi mewakili Group Karyawan Luar Negara (GLKN). Program yang mereka sebut sebagai Cuti-Cuti Musim Bunga diakhiri dengan Pementasan Pentomin `Bila Tuhan Berbicara' karya Faisal Tehrani. Sebelum itu, penganjur meminta kebenaran daripada aku untuk menggunakan skrip `Menanti Perang Berakhir' untuk pementasan itu. Namun, aku tak mampu berikan kerana skrip itu belum diterbitkan oleh IKIM. Program itu diadakan di Royal College of Surgeon, di tengah-tengah kota Dublin, Ireland. Seawal petang aku sudah datang menunggu untuk buat `sound test' tetapi sekadar sempat menyaksikan anak-anak muda yang bakal doktor itu membuat latihan persembahan.
Aku sembahyang subuh di Swansea Bus Station kerana bas ke Bristol akan bertolak beberapa minit selepas waktu subuh. Jiran aku, Ramli menghantar aku ke Bus Station pagi buta itu. Terima kasih. Kami bekerja di Sport Village Swansea University malam itu. 4.30 pagi kena bersiap-siap ke Bus Station.
Perjalanan ke Bristol memakan masa hampir tiga jam kerana bas berhenti di beberapa buah tempat seperti Neath, Bridgent, Cardiff, dan Newport. Selepas sampai di Bristol, aku kena tunggu 40 minit lagi untuk bas ke Bristol Airport. Masa beginilah yang mengajak aku membaca buku. Ahh..aku bawa buku Bernard Bass & Riggio - berat. Sekejap dah bosan. Malas nak fikir-fikir. Aku baca sajak-sajak aku yang akan kubaca nanti di Dublin. Syok sendiri. Sementara itu, aku beli secawan coklat dan bersarapan mi goreng yang isteriku bekalkan. Lapar pula pagi ini walhal dah makan sikit sebelum bertolak subuh tadi.
Bas ke Airport Bristol sampai tepat waktunya. Kupilih duduk bersendirian. Melayan angan panjangku sambil melihat pemandangan bandar Bristol yang kerap juga aku ke situ. Dua bula lepas aku ke sini untuk acara baca sajak sempena Kerabu Night. Aku baca sajak `Warkah Sang Pencinta Dunia’. Untuk di Dublin, aku masih belum memutuskan apa sajak yang nak kubaca. Mungkin ada idea sewaktu perjalanan yang panjang ini. Setakat ini, aku cuma tulis tajuknya; Hari-hari Adalah Peperangan. Itupun sewaktu berehat selepas bekerja malam tadi.
Selepas check in, aku ada masa kira-kira dua jam sebelum flight. Kucuba habiskan sajak itu…..
Hari-hari adalah peperangan
Demi kelangsungan hidup
Untuk makan
Untuk jawatan
Dan perempuan
Atas nama negara
Atas nama bangsa
Atas nama agama
Atas nama dunia
Dan tatkala tangan
Ada kuasa
Bersalut kata suci
Luhurnya undang-undang
Dihujung mata pedang
Menghimpun seluruh kekuatan
Rela bertarung sesama teman
Bertempur sekampong halaman
Yang menang terus berapi membakar
Yang kalah bersekam mendendam
Hari-hari adalah peperangan
Penangguhan perdamaian
Keadilan yang terlewat
Singleton – Bristol Airport
5/4/08
Namun, aku tak baca sajak ini. Aku baca sajak `Puisi Buat Si Bangsat’ yang kufikir mempunyai mesej penting kepada audien yang datang.
Kira-kira 1 tengahari aku keluar dari pintu ketibaan Dublin Airport. Seorang anak muda Melayu melambai-lambai tangan ke arah aku. Aku fikir itulah gerangan yang akan menjemput aku. Ohh.. Afik Izuddin – Pengarah program itu sendiri yang menjemput aku. Meskipun inilah pertama kali kami kenal – bersembang macam dah lama kenal.
Aku terus ke rumah penginapan – lupa nama tempat. Sebuah banglow dua tingkat. Beberapa anak muda bersalaman menyambut kehadiran aku. Semuanya bakal-bakal doctor perubatan yang akan menghulur bakti ke tanahair selepas tamat pengajian. Hari panas terik tetapi tiupan angin yang sejak agak menyederhanakan suhu. Selepas rehat, solat dan makan – akupun bersiap-siap untuk ke tempat program.
Aku masuk ke dewan persembahan – kulihat anak-anak muda sedang berlatih. Bersemangat mereka. Ia seperti mengingatkan diri ini sewaktu seusia dengan mereka di kampus.
Sewaktu bersembang dengan mereka. Mereka fikir aku lebih kurang sebaya dengan mereka! Sempat juga aku ketawa kecil.

No comments:
Post a Comment