Sedang aku menulis untuk blog ini, dapatlah idea untuk mencari lirik lagu Andalucia dendangan M. Nasir yang ditulis oleh Loloq. Liriknya cukup puitis dan mungkin sukar untuk dimengertikan oleh orang biasa. Saya cuba menghuraikan makna di sebalik lirik untuk sama-sama dimengertikan. Sayangnya ketika M. Nasir nyanyikan sewaktu dulu, ia diiringi penari-penari perempuan yang berpakaian seperti dalam `hikayat 1001 malam’ – lalu hilanglah roh puisi itu! Apapun kita perhatikan lirik lagu menarik ini. (Gambar: Aku di salah satu pintu taman di al Hambra)
Aku cuba menghuraikan dengan bahasa yang lebih mudah difahami……….mungkin kalian ada fikiran lain.
Cahayamu bagai sabitah
Doaku kau sejahtera
= Cahaya adalah merujuk kepada sumbangan Andalucia terhadap dunia sebelum ini seperti sabitah (tak tau makna – tolong carikan, ini bahasa Arab). Kemudian penulis/penyair berdoa kepada Allah agar masyarakat Andalucia di sana (muslim keseluruhannya) berada di dalam keadaan sejahtera.
Biar warna kubah-kubahmu kian pudar
Untukmu setanggi ini kubakar
= Meskipun Islam telah mengalami zaman kejatuhan di Andalucia, penyair membakar setanggi iaitu sejenis bau-bauan yang disukai oleh Nabi. Kubah melambangkan Islam walaupun di Andalucia masjidnya tiada berkubah kerana kubah adalah seni bina Turki. Kebanyakan seni bina di Andalucia mendapat pengaruh seni bina Damsyik dan Morocco ataupun Maghribi.
Cahayamu sediakala
Aku rindukan zaman kebangkitan
Pabila nurani bersulamkan fikiran
Seganding dan bersatu
Lafaz niatku bertemu
= Keadaan Andalucia seperti dulu juga. Matahari yang sama pernah menyinari zaman kegemilangan Islam di sana dengan matahari yang ada pada hari ini. Penyair ingin merasai kembali zaman kegemilangan tersebut. Hal ini terasa apabila jiwa dan dan fikiran penyair bersatu. Jiwanya tersentuh apabila fikirannya mengenangkan Islam di Andalucia.
Cahayamu tiada tara
Pohon salamku pada fakir-fakirmu Andalucia
Cahaya kegemilangan Islam di Andalucia memang hebat dan sukar ditandingi. Dan penyair menyampaikan salam kepada orang-orang yang tertindas di Andalucia. Fakir-fakir mungkin bermaksud masyarakat Islam yang hilang kekayaan, kehebatan dan kegemilangan.
Pohon izinkanlah aku menyelami irama asyikmu
Pohon dipinjamkan gambus dan ghazalmu
Jadi azimat
= Penyair meminta untuk mengunakan irama dan rentak muzik Andalucia yang terkenal sebagai sumber kekuatan kepada perjuangannya. Andalucia memang terkenal dengan iramanya yang berasaskan kemahiran petikan gitar.
Supaya dapat aku tari menongkah arus
Sahutlah Andalucia
= Daripada sumber kekuatan itulah ia akan membangkitkan kesedaran untuk melawan arus yang sedia ada. Tari menongkah arus adalah satu gerakan untuk melawan keadaan sedia ada. Penyair dan penyanyi akan menggunakan muzik sebagai alat untuk memberikan kesedaran agar umat Islam bangkit di Andalucia. Ini cabaran kepada masyarakat Andalucia agar mereka dapat menyahutnya.
Apakah sudah kering lautan darah
Yang tertimbus di bumi al Hambra
= Atau jika tiada sahutan daripada masyarakat Andalucia, adakah ini bermakna semangat perjuangan masyarakat yang dilambangkan dengan lautan darah sudah tiada. Semangat perjuangan mereka mati selepas kejatuhan al Hambra ke tangan Kristian Sepanyol.
Ataupun masih bergelora
Menanti saat melimpah mengikut mata air
= Atau masih wujud semangat perjuangan cuma mereka menanti saat tiba kebangkitan itu. Mungkin pada masa itu mata-mata air yang masih mengalir dari Seirra Nevada ke al Hambra akan mengalir deras. Ketika itu berlakulah kebangkitan.
Antal hadi antal haqqu
Laisal hadi illa hu.
= Engkaulah (Allah) Yang Maha Petunjuk dan Engkaulah (Allah) Yang Maha Benar,
Tiada yang boleh memberi petunjuk selain daripada Engkau (Allah). Puisi ini diakhiri dengan doa dan harapan penyair kepada Allah s.w.t. agar diberikan petunjuk dan hidayah.
3 comments:
Assalamualaikum,
Siapa arwah Loloq ni 'sebenarnya'? Taktau sebab apa 2-3 miggu kebelakangan ni saya jadi nak tahu? Kalau saudara ada ulasan lirik dia lagi tolon siarkan.
terima kasih.
sabitah bermaksud bintang yg posisinya tetap di langit (dilihat dr bumi)rujukan bg para pelayar sewaktu belayar pd malam hari,.. kita hidup kt dunia ini seperti pelayar..mencari arah..mencari tempat selamat..
Sabitah bermaksud: perihal bertentang, perlawanan: ~ terhadap penjajahan barat; 2. perihal bertentangan, perselisihan (yg amat sangat), pertikaian (pendapat dll): orang Yunani memang mempunyai ~ politik dgn orang Turki;
Post a Comment