Bersikap adil pada semua.
Al Mawardi meletakkan sifat adil pada awal kelayakan seseorang untuk menjadi pemimpin (khalifah) kerana keadilan adalah hampir kepada kebahag. Biarpun ramai yang mendakwa bahawa mereka bersikap adil. Komunismepun mengatakan bahawa mereka bersifat adil – dengan memberikan kerajaan sebagai insititusi yang mengagihkan kekayaan rakyat agar saksama. Tiada yang kaya dan tiada yang miskin. Begitu juga kapitalisme, menganggap bahawa keadilan ekonomi adalah berdasarkan usaha seseorang itu. Jika seorang itu berusaha dan berjaya – maka ia akan memperolehi kekayaan meskipun dengan cara menipu, menyeleweng dan sebagainya. Bagi falsafah mereka adalah matlamat menghalalkan cara.
Berpengetahuan dan berkemampuan membuat keputusan sewaktu dalam tempoh krisis
Antara punca-punca kejatuhan Dinasti Ummayah di Andalucia adalah pelantikan khalifah daripada kalangan yang tidak berpengetahuan seperti melantik putera khalifah yang masih mentah. Ini terjadi sewaktu Hisham II yang masih budak dilantik sebagai khalifah sedangkan Muhammad ibn Abi Amir al Mu’afiri al Mansur pula bertindak sebagai `khalifah de facto’. Al Mansur yang menguasai semua daripada urusan pentadbiran, pembangunan dan juga peperangan terletak pada tangan beliau. Khalifah Hisham II diberikan istana al Zahra yang ditutup untuk sebarang lawatan rakyat, dikawal sepenuhnya sehingga khalifah tak tau tentang rakyat yang `dibawah naungannya’.
Manakala al Mansur pula membina sebuah istana di timur Cordoba yang dikenali al Zahira – yang menjadi pusat pentadbiran kerajaan. Lama kelamaan, kuasa khalifah hilang dan berpindah ke al Mansur. Bermula daripada situlah, kerajaan Ummayah berpecah menjadi beberapa buah kerajaan yang masing-masing mempunyai pemimpinnya yang sendiri.
Kebolehan mendengar, berpandangan jauh dan berkebolehan berpidato.
Ramai pemimpin sangat berkebolehan berpidato. Ini kerana itulah modal yang paling murah dan mudah untuk meraih sokongan dan simpati dari rakyat. Hampir semua pemimpin dunia yang hebat mempunyai kebolehan berpidato seperti Sukarno, Jamal Nasir, Hitler, Lenin, Fidel Castro, JF. Kennedy…….banyaklah… Akan tetapi tidak semua berkebolehan untuk mendengar. Ramai pemimpin jenis dengar tapi tak dengar = pekak badak. Ataupun terus menutup suara rakyat daripada didengar dengan menghalang perhimpunan, pertemuan, siaran media yang tertutup dan sebagainya.
Ada riwayat yang menceritakan bahawa Jamaluddin al Afgani yang lantang mengkritik British dan memberi beberapa ingatan yang baik pada Khalifah akhirnya dipotong lidahnya atas alasan perubatan kerana dikatakan lidahnya ber`penyakit’ kanser. Sehingga akhir hayatnya, suara Jamaluddin al Afgani tak dapat bercakap, mereka cuba mematikan suaranya tetapi sebaliknya idea Jamaluddin terus berkembang ke seluruh dunia Islam.
Pada kebanyakan pemimpin memang mempunyai pandangan yang jauh tetapi jauh daripada kehendak rakyat ataupun kehendak diri sendiri belum dapat dipastikan.
Tubuh badan yang sihat dan bertindak tangkas
Sewaktu Haji Abdul Rahman Wahid ataupun nama timang-timangnya Gus Dur dipilih sebagai Presiden Indonesia mengantikan BJ. Habibie, seperti ada kisah komedi dan juga tragedi. Bagaimana sebuah negara yang mempunyai penduduk lebih 200 juta boleh memilih seorang Bapak Presiden yang cacat penglihatan (kabur – hampir buta) dan selalu ngantuk sewaktu dalam persidangan dan majlis rasmi kerajaan. (Abdullah Badawi juga pernah tertidur sewaktu Persidangan Agung UMNO – tapi tak la seteruk Gus Dur).
Sebab itu apabila ada wartawan tanya tentang isu Inul – penyanyi dangdut yang erotik itu, apa kata Gus Dur – enggak jadi masalah goyang gerudi Inul! Ya.....la.....dia tak nampak dong! Jika ditanya pada orang buta bagaimana bentuk gajah – tentu kalian teringat cerita beberapa orang buta yang memegang gajah. Seorang daripada menjawab bahawa gajah itu seperti tali (sebab dia pegang ekor gajah), seorang pula menjawab gajah seperti tiang bulat (sebab dia pegang kaki gajah).......dan....dan.... begitulah jika pemimpin buta dipilih sebagai presiden.
Bagaimana pula dengan Sheikh Ahmad Yassin? Dia buta, lumpuh dan hanya bergantung pada bantuan orang lain untuk bergerak tetapi menjadi sumber inspirasi kepada ribuan pemuda Palestin untuk syahid serta memimpin gerakan Hamas di Palestin? Bagaimana pula dengan Sheikh Abdul Rahman yang ditangkap di US kerana gerakan militannya itu?
Bersikap berhati-hati
Berhati-hati bermaksud memastikan setiap langkah yang diambil berasaskan pertimbangan yang sewajarnya dengan meletakkan kepentingan Islam sebagai keutamaan.
Berkeupayaan mempertahankan kedaulatan negara dan mampu menentang musuh
Sewaktu Jepun datang menyerang Tanah Melayu – aku pernah terbaca – satu keluarga pembesar kita cabut lari ke luar negara. Pembesar negara itu akhirnya menjadi orang nombor yang utama di negara kita yang merdeka. Tak tau dia lari kerana nak selamatkan diri dan keluarganya taupun nak atur strategi menentang Jepun kembali. Bukan satu dua keluarga pembesar kita berbuat demikian tetapi mungkin banyak. Yang nak lawan tentera Jepun adalah rakyat biasa. Macam orang kampung, cikgu dan juga alim ulama yang terus setia di tanahair sendiri.
Leftenan Adnan menjadi korban di Singapura dalam mempertahankan Kerajaan British meskipun tentera British dah lama cabut lari. Balik negeri.
Mempertahankan Islam dan menentang musuh dalam konteks sekarang mungkin ada beza sikit dengan zaman dulu-dulu. Ia tidak memerlukan pemimpin berada di medan pertempuran yang saat itu, nyawa di hujung pedang atau senapang. Sekarang pemimpin Islam perlu mempertahankan Islam dan menentang musuh hanya dengan cakap dan tindakan politik sahaja.
Pengerusi OIC sekarang harus malu dengan keberanian Presiden Venezeula yang mengecam dasar Amerika Syarikat dan PBB terhadap Iraq dan Palestin di pentas antarabangsa.
Berketurunan Quraish.
Al Mawardi merujuk pemimpin sebagai khalifah. Oleh itu, khalifah mestilah daripada keturunan Quraish. Pendapat ini merupakan pendapat jumhur ulama sunni seperti Ibn Hazam, Ibn Khaldun dan sebagainya. Idea ini dibantah oleh Syiah yang beranggapan bahawa jawatan khalifah hanya milik keluarga Nabi – ahlul bait. Di Malaysia, ada persatuan ahlul bait yang mana Raja Perlis sekarang menjadi penaungnya. Memang berada di dalam salsilah keturunan Nabi Muhammad s.a.w. satu kelebihan kerana di tempat kita, mereka dikenali dengan berawalkan nama Syed bagi lelaki dan Sharifah untuk perempuan.
Apapun Islam secara umumnya tidak meletakkan sesuatu keturunan itu satu indicator untuk menjadi orang yang bertaqwa. Syed Abu Jahal dan Syed Abu Lahab walaupun seketurunan dengan Nabi Muhammad tapi dicela dan dicampakkan ke lembah kehinaan oleh Allah s.w.t. Jangan marah Syeds!
No comments:
Post a Comment