...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Wednesday, 4 July 2007

Aku Juga Keciwa Pada Anwar.......


Aku tak tau samada tindakan beberapa pimpinan utama dan pengikut PKR seperti Ezam M. Noor, Abdul Rahman, Dato' Nalla dan lain-lain mengucapkan sayonara pada PKR disebabkan oleh `Faktor Anwar'. Seperti juga dengan tertubuhnya parti KeADILAn dulu dan meletusnya gerakan reformasi 1998-1999 - mungkin kerana `Faktor Anwar'. Mungkin juga kerana itulah, persepsi perjuangan KeADILan dan pengikut-pengikutnya terasa seperti lebih kepada perjuangan peribadi daripada perjuangan menegakkan keadilan. Peasaan itu mungkin ada betulnya. Pun demikian, itu bukan bermakna untuk menafikan hakikat bahawa `Faktor Anwar' adalah relevan sekali untuk rakyat bangkit menentang kezaliman dan sekaligus menegakkan keadilan. Biarpun sudah berpuluh-puluh manusia yang dizalimi melalui ISA, OSA dan sebagainya ordinan yang draconian sifatnya itu. (Gambar: Sdr. Mustafa Kamil Ayub (tengah) dan Ust. Mustafa Shaari (kanan), yang masih terus setia pada perjuangan)


Semua tidak boleh menafikan bahawa `Faktor Anwar' yang telah meletakkan politik Malaysia pada satu landasan yang lebih selesa daripada sebelumnya ini. Dan untuk menunggu `Faktor Anwar' kembali pada landskap politik tanahair - mungkin kita perlu menunggu 100 tahun lagi!


Selepas bebasnya Anwar daripada pintu penjara Sg. Buluh - ......begitulah harapan yang tinggi daripada para pejuang dan rakyat biasa untuk Anwar kembali sebagai hero pahlawan yang boleh menegakkan keadilan. Biarkan Anwar berubat dahulu di Jerman kerana sakit tulang belakangnya begitu menyeksakannya. Biarlah Anwar berehat dan pulih sepenuh untuk kembali bersama lumpur rakyat yang kering. Maka.....para tokoh politik, kawan dan lawan Anwar sanggup terbang ke German untuk menziarahi Anwar yang sedang terbaring di klinik. Bukan lagi rahsia pada pertemuan itu kerana satu demi satu berita pertemuan itu dikhabarkan pada akhbar.


Setelah gagah ia berdiri - Anwar tidak terus kembali pada lumpur rakyat. Anwar meneruskan perjuangan untuk menyambung tali-tali persaudaraan dan persahabatan antarabangsanya yang terputus sewaktu gawat dulu. Anwar terus diberi tempat di persada intelektual dan politik sarwajagat. Sekejap di US, sekejap di Uk, sekejap di UEA, sekejap di Mekah......dan sekejap-kejap masa terus berlalu .......dan rakyat terus menunggu di lumpur yang kering dan gersang kontang.


Setelah itu, ia kembali ke tanahair - saat lumpur seakan menjadi tanah kering yang keras berbatuan. Seperti enggan menerima air yang menitis pada air mata Anwar yang silam. Rakyat terus kering......seperti gurun yang gersang. Tiada apa yang menariknya di situ.


Setelah itu.......'Faktor Anwar' telah beralih arah- ia semakin mengundur ke belakang. Terasa terlalu jauh perjalanan ini. Satu demi satu, para pemimpin dan pengikutnya menoleh kebelakang dan berundur. Satu demi satu, cabaran getir mencengkam perjuangan yang sedia sukar. Kawan telah menjadi lawan. Lawan terus mengganas.


Memang.......aku juga keciwa pada Anwar tapi itu bukan bermakna berakhir segala perjuangan. Anwar juga seperti aku - manusia. Bukan terlepas dari salah dan dosa apatah lagi ia bukan maasum dan keramat. Seperti aku juga - ada pasang surutnya. Perjuangan mesti diteruskan - bukan kerana Anwar tetapi kerana perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezalman itu sendiri satu amanah dari Allah s.w.t. Memang 'faktor Anwar' menjadi pendorong kepada perjuangan tetapi tidak boleh dijadikan tiang pada perjuangan.


Hanya rakyat yang tenggelam pada lembah khayal sahaja tidak akan terfikir dan memikirkan untuk turut serta dalam perjuangan ini. Kerana rakyat itu telah mati jiwanya. Hatinya telah dikecutkan pada asam-asam kehidupan yang melekakan. Tapi aku tak akan keciwa pada mereka yang telah mati. Aku keciwa pada yang hidup tetapi mati hakikatnya.


No comments: