...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Sunday, 1 July 2007

Granada Yang Kuingat Canada!


Dulu time aku kecil punya hobi mengumpul setem. Antara setem yang masih ada dalam album setem aku ialah setem Granada. Dulu aku ingat Granada itu adik beradik dengan Canada. Hari ini aku pergi ke adik `Canada’ itu. Masa itu belum belajar lagi Ilmu Alam. Kalau dah belajar, mungkin tau le......

Granada adalah wilayah terletaknya salah satu daripada tujuh benda ajaib dunia – al Hambra. Al Hambra adalah sebuah kompleks istana Khalifah Ummayah yang meliputi istana, taman, dan kota pertahanan kerajaan. Nama al Hambra diambil daripada bahasa Arab yang bermaksud `merah’ kerana binaan kota itu berwarna merah. Terletak di kaki banjaran Seirra Nevada dan mengadap sebuah lembangan yang luas.

Al Hambra yang didirikan dari abad 13 hingga 15 dan menjadi istana kepada Sultan Muhammad 1 dan keluarga daripada Dinasti Nasrid. Sebagaimana yang disebut oleh Ibnu Khaldun bahawa kota yang kukuh dan besar sebenarnya didirikan oleh beberapa pemerintah dan dinasti. Ia tidak didirikan sekaligus oleh seorang pemerintah ataupun satu dinasti. Ia telah disenaraikan sebagai Warisan Dunia oleh UNESCO pada 1984

Tak macam istana Carlos V yang dibina semasa zaman Renaissance ataupun lebih tepatnya pada 1526 – tak pernah siap sepenuhnya sehingga sekarang! Istana itu terletak di kawasan al Hambra. Dapat dibezakan seni binaan Islam dengan seni binaan Roman dan Kristian.

No comments: