...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Sunday, 1 July 2007

Cordoba: Wajahnya Seindah Namanya


Dua tahun yang lepas, sebuah skrip drama tv anjuran IKIM yang memenangi Hadiah Pertama bertajuk; Suria di Cordoba. Memang sedap mendengar tajuk itu. Masa itu, aku cuma dapat hadiah saguhati yang bernilai RM5000. Alhamdulillah. Ceritanya ada menyentuh keindahan seni bina di Cordoba. Masa itu aku terbayang juga keindahan Cordoba tetapi hanya ilusi yang jauh daripada mata.

Ketika kereta kami melintasi papan tanda Cordoba, terasa seperti satu mimpi indah sahaja. Kini, kami berada di sebuah tempat yang bernama Cordoba. Indah namanya dan indah tempatnya. Sepanjang perjalanan kami daripada Seville ke Cordoba, lautan pohon zaitun di kiri kanan lebuhraya. Cordoba sebuah bandar lama tetapi terus membangun tanpa menjejaskan kesan-kesan sejarah yang indah itu.

Cordoba dipisahkan kepada dua oleh Sungai Guadalquivir dan dikelilingi banjaran Sierra De Cordoba. Cordoba telah didiami oleh manusia sejak zaman Paleolitik dan menjadi tumpuan penduduk Tartessosn dan kemudian dikuasai oleh Kerajaan Cathaginians dan selepas itu Islam.

Pada 929, di bawah pemerintahan Khalifah Ummayah, kerajaan Islam telah mendirikan masjid Cordoba, universiti dan dijadikan pusat kebudayaan, seni dan ilmu pengetahuan. Pada masa inilah, Cordoba menjadi pusat pembinaan yang terhasil daripada teknologi dan kejuruteraan Islam terutama daripada orang Morocco (Moorish). Semasa zaman kemuncak kegemilangan Islam di sini, masyarakat berbilang bangsa boleh duduk bersama dan berkongsi kemegahan. Masyarakat Yahudi di sini telah mendapat tempat di

Salah seorang ahli falsafah dan cendiakawan Yahudi terkenal Andalucia ialah Maimonedes. Ia mendapat tempat di dalam kerajaan Islam Andalucia. Sewaktu lalu di tepi Masjid Cordoba, aku ternampak sebuah gerai cenderamata yang menjadikan nama Maimonedes sebagai nama gerainya. Mungkin, tuan kedai itu orang Yahudi.

Pada 1236, Cordoba jatuh ke tanagan kerajaan Katholik yang diketuai Ratu Isabella yang membantu Christopher Columbus mengeliling dunia. Teringat time aku kat sekolah dulu – Search nyanyi lagu Isabella – ada juga yang kutuk kerana mengagung-agungkan nama Ratu yang menjatuhkan kerajaan Islam Andalucia. Ada pula yang mempertahankan bahawa Isabella adalah nama seorang puteri raja yang mempertahankan Islam di Filifina. Entahlah mana yang satu. Semua terperangkap pada nama. Kalaupun nama itu secara kebetulannya sama – apakah hendak dipertahankan jika seseorang bernama Muhammad tetapi berperangai seperti Abu Jahal berbanding seseorang yang bernama Ariel tetapi berperangai seperti Umar Al Khatab!

Kami menginap di Hotel Boston yang berada di tengah-tengah bandar Cordoba. Nasib baik, papan tanda hotel ada pada setiap simpang. Ini amat memudahkan perjalanan. Kami sampai kira-kira 3 petang – matahari masih macam pukul 12 tengahari di Malaysia.

Berhadapan hotel kami, sebuah medan pedastrian yang luas. Ramai yang berjalan-jalan sambil diperhatikan oleh orang yang sedang minum-minum di sepanjang tepi kedai. Orang sini memang suka minum-minum begini. Aku hanya perhatikan dari tingkat 3 bilik kami. Nantilah, lepas hilang letih – kami nak berjalan-jalan mengenali Cordoba. Teringat juga nak cari kampung Ibnu Rushd ataupun setidak-tidaknya kuburnya. Nak cari juga tempat belajar dia, tempat dia bermain, tempat dia bersyarah........dan tempat dia ditangkap! Entahlah, semuanya hanya tinggal begitu sahaja. Tak tau nak cari jalan mula percarian itu.

Tak kan tokoh-tokoh hebat sejarah dunia ini tak ada kuburnya? Bagaimana dengan maqam khalifah-khalifah? Dah tiada lagi ke? Dah kena korek ke? Aku tak tau. Cuba kalian cari-carikan idea pada persoalan ini.

No comments: