Rasanya tak puas hati nak menulis dan bercerita tentang Andalucia. Maaflah terlalu banyak yang nak disebutkan. Terasa ingatan dan padangan yang kami perolehi di sana dikongsi sama. Sayangnya mungkin tak sama dengan apa yang hendak dikatakan dengan apa yang telah ternyata pada pandangan kami. Perjalanan kami bermula pada 5 Jun yang lalu. Hari itu agak terlewat untuk berangkat pergi kerana sibuk membuat persiapan akhir - terutama menyediakan bekalan makanan. Almaklumlah di tempat orang bukan Islam - mungkin sukar untuk mencari makanan halal. Perjalanan menuju Stanstead London Airport memakan masa hampir 3 jam setengah dari Swansea. Alhamdullilah, perjalanan lancar dan chek in pada saat-saat akhir. Parking kereta di Pink Parking - kosnya sama dengan kos kami menginap 3 malam di Andalucia. Walaubagaimanapun, kami tiada pilihan. Kemudahan di sini memang banyak. Masuk ke kawasan secara automatik. Masukkan Debit Card kita pada mesin - besi halangan akan terbuka. Tak perlu ada operator yang nak uruskan. Selepas kita parking kereta - ada bas yang menghantar pergi ke airport. Perjalanan bas memakan lebih kurang 15 minit. Nasib baik, Taufik (budak Highmead - dulu belajar di Darul Quran Rusila) tunggu dan tunjukkan prosedur seterusnya. Mudahlah sikit. Terima kaseeyyy. Selepas siap chek dokumen perjalanan - kamipun naik flight RyanAir (macam Air Asia). Selepas diumumkan flight nak terobang - kamipun bergegas pergi. Selepas memilih tempat duduk - tentunya berhampiran tingkap - mudah melihat bagaimana padangan di bawah nanti bila flight melayang terbang. Eh.....pramugarinya adalah orang yang sama dengan yang memeriksa dokumen perjalanan dan yang menentukan arah laluan perjalanan kami. Syarikat itu memang memaksimakan pekerjanya dengan pelbagai tugas. Kami terbanglah. Doa perjalanan sudah kami baca. |
...
- MS
- Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com
Thursday, 28 June 2007
Lagi Tentang Andalucia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment