...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Friday, 13 July 2007

Konsep Kepimpinan Syiah: Satu Persimpangan....

Konsep Kepimpinan Syiah: Simpang Antara Kepimpinan Islam dan Kepimpinan Arab Tradisi

Terdapat sekurang-kurangnya dua pendapat yang mengatakan bagaimana konsep kepimpinan Islam berkembang dan dibangunkan. Pendapat pertama mengatakan bahawa konsep kepimpinan Islam adalah satu konsep kepimpinan yang baru. Manakala pendapat kedua pula mengatakan bahawa ia adalah satu warisan daripada kebudayaan kepimpinan Arab.

Dalam usaha mengembangkan Islam di peringkat awal, pendakwah Arab secara tidak langsung turut mengembangkan budayanya terhadap masyarakat lain.

Sekalipun pada abad ke 17, masyarakat Arab tidak mempunyai pengalaman terhadap sistem beraja. Kepimpinan Arab sebenarnya daripada tamadun mereka yang berasakan pemimpin yang karismatik dan sesuatu yang boleh mempengaruhi tradisi yang yang turun temurun. Dalam abad ke 17 dan selepas itu, kaedah pelantikan (wisayah) kepimpinan adalah berasaskan warisan tradisi Arab. Hal ini telah diterima dan dipraktik oleh Shiah dan Sunni Arab oleh kerana kepimpinan yang berasaskan kualiti semula jadi merupakan unsur yang sukar untuk diubah dalam tradisi sosia-politik Arab pada masa itu yang mengutamakan kualiti semula jadi sebagai status sosoal. Pada kebanyakan masyarakat Arab percaya individu yang memiliki kualiti semula jadi mempunyai kekuatan moral dan fizikal daripada keturunan asal mereka.

Pemikiran Judeo-Christian dan gnotic banyak mencorakkan perkembangan ideology Shiah. Sebagai contoh, doktrin Imamah dalam Shiah Imamah terutama dalam unsur mesianic dan penentangan terhadap pandangan sekular terhadap kuasa negara ada persamaan dengan pemikiran Judeo-Christian.

Menurut Syed Hossein Nasr, falsafah Greek tradisional terutama mengenai sekolah khas yang dikaitkan dengan neo-Pythagoreasism dan Hermetiscism juga diamalkan cara pembentukannya dalam Shiah dan aliran sufism.

Sekolah Syiah di Isfahan sebagai contohnya banyak dipengaruhi oleh corak pemikiran falsafah Aristotle terutama dalam aspek rasional dan intuitif. Pemikiran Neo-Platonic juga tidak sekadar mempengaruhi Ismali dan sekolah-sekolah sufi tetap juga dalam idea Khomeini mengenai Wilayah – i – faqih.

(sekadar bahan bacaan untuk pengetahuan – bukan pendirian atau pegangan penulis)

No comments: