...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Friday, 18 May 2007

Tentang Aku - Siri 1























Ayah mertua aku - dah berumur lebih 80an. Berasal daripada Patani, pergi merantau ke negeri Terengganu. Langsung memulakan kehidupan berkeluarga di sana.


Ayah mertua aku adalah bekas pekerja lombong bijih besi di Bukit Besi. Rumahnya di Dungun betul-betul menghadap jalan keretapi (satu-satunya landasan yang ada di negeri Terengganu pada masa itu) Landasan yang menghubungkan kawasan perlombongan Bukit Besi dengan pelabuhan Dungun. Kini landasan itu sudah tiada. Pelabuhan pun dah tenggelam ditelan oleh Laut China Selatan. Hanya ada dalam lipatan sejarah. Sejarah telah lama ditinggalkan. Yang tinggal hanyalah kenangan.


Kini ayah mertua aku tinggal di Pasir Tumboh. Sudah hampir sedekad menjadi rakyat negeri Serambi Mekah. Dia lebih selesa duduk di negeri yang ditadbir oleh Tok Guru Nik Aziz daripada duduk di negeri Terengganu - yang ketika itu diperintah oleh Dato' Wan Mokhtar Ahmad (antara MB terlama memerintah dan tak sedar hilang kuasa - eh kat mana orang tua itu sekarang ye?) Namun bila time mengundi, dia tetap akan mengundi di Dungun - untuk pastikan PAS menang di situ. Begitulah azam dan tekadnya, ahli PAS yang setia. Berkali-kali PAS kalah, dia tak pernah jemu dan kesal mengundi PAS. Sedangkan dalam masa yang sama, ada juga pemimpin PAS yang sudah hilang stamina dan pertimbangan - lalu jadilah seperti..........


Kehidupannya penuh dengan jadual pengajian di pondok dan kerap menghadiri ceramah-ceramah - biarpun hanya menaiki motorsikal - mak mertua aku setia duduk membonceng. Pagi - petang - malam. Ceramah politik memang dia akan pergi. Asal sahaja anjuran PAS - dia akan pergi. Dia akan meredah jalan raya selagi upaya. Kalau malam - matanya giat memandang jalan. Kalau hujan - pakai baju hujan dan tentu sekali akan basah. Jika panas - itu sudah adat iklim di sana.


Aku terfikir juga ketika itu dan kini, dah tua-tua masih tak jemu belajar. Aku yang tak tua ini - sepatutnya begitulah. Azam belajar itu biar terus membakar dan membakar dan membakar - asal sahaja jangan membakar diri!

1 comment:

Anonymous said...

pak mentua in ni aku penah jumpa time pi klate dgn dia, zainal n ali time pelancaran briged alam sekitar dan pengguna di klate.ingat lg mak mentua dia kata nama aku "akmal" mcm pompuan...adiuh...besar kemaluanku...org tua yg cukup istiqamah dgn PAS.tp sedih ramai org muda plak yg rajin tinggal perjuangan kerana takut tak lepas bayar installment keta bulan-bulan.renung2 le kata2 ni.wassalam...