...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Friday 18 May 2007

Kisah Perjuangan Orang Sg. Manik - My Kampung


Tragedi 13 Mei: 'Saya minta pejuang-pejuang Sg. Manik pulang'

Azamin Amin Fri May 18, 07 12:27:12 PM


KUALA LUMPUR, 18 Mei (Hrkh) - Demi mengelakkan pertumpahan darah lebih banyak dan menjadikan suasana semakin huru-hara, beliau meminta para pejuang Sg. Manik yang digeruni dan turut dikenali sebagai kumpulan 'parang terbang' dan 'selempang merah' untuk pulang ke Perak.

Demikian kisah bekas Senator, Ustaz Hassan Shukri yang sesekali mengimbau tragedi 13 Mei 1969 ketika ditemubual oleh wartawan berhubung sejarah penubuhan PAS, muktamar dan penerbitan Harakah. Katanya Pengerusi Majlis Gerakan Negara (Mageran), Allahyarham Tun Abdul Razak turun meminta beliau untuk bertemu dengan para pejuang itu yang sudah pun berkumpul di Kuala Selangor untuk 'turun mengamuk' di Kuala Lumpur.

"Alhamdullilah mereka mendengar kata saya dan pulang ke kampung masing-masing, " katanya namun tidak memberitahu kaeadah atau pesanan yang telah berjaya 'melembutkan' hati para pejuang itu. "Mungkin kerana mereka menghormati ayah saya yang pernah terlibat dengan peperangan di Sungai Manik pada zaman dulu," kata bekas Timbalan Presiden PAS itu.

Beliau turut ditanya tentang 'pendedahan semula 13 Mei' oleh pihak-pihak tertentu, beliau enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu disalah anggap dan tafsir. "Masing-masing mempunyai versi dan cerita yang berbeza.DAP dengan ceritanya, Umno dengan ceritanya, orang Cina dan orang Melayu ada cerita mereka sendiri tetapi hanya Allah sahaja yang tahu kisah sebenarnya," katanya.


Sambil beliau menambah kagum dengan sikap Tun Abdul Razak yang begitu menghormati dan mengambil kira pandangan pimpinan PAS ketika itu. "Waktu darurat itu, Tun Abdul Razak beberapa kali mengadakan pertemuan dengan saya dan beberapa pimpinan PAS yang lain untuk menyelesaikan masalah negara yang pada ketika itu amat meruncing," katanya lagi.


Selain itu beliau turut menceritakan kepada wartawan bahawa penyertaannya secara rasmi dengan PAS sewaktu beliau berusia 14 tahun iaitu pada tahun 1951 malah penyertaan beliau disebabkan oleh salah satu alasan unik yang mencetuskan semangatnya untuk mendekati PAS pada masa itu. "Sebabnya ialah loteri kebajikan yang saya terima daripada guru saya dan saya bawa pulang ke rumah. "Yang akhirnya saya dimarahi dan dihamun oleh ayah saya," katanya dan turut memberitahu salah satu sebab keluarnya PAS daripada Barisan Nasional itu kerana bantahannya terhadap loteri kebajikan yang dianjurkan dan 'direstui' kerajaan pada masa itu.
"Disebabkan itu, saya mula berjinak-jinak dengan mengikuti aktiviti PAS di kampung dan mula menyertai secara aktif pada tahun 1951," katanya lagi. - mks.

No comments: