Daripada: Bai
Sebulan lebih aku di wales .... termasuk pengalaman rumah di serbu polis pada minggu lepas memberikan aku satu ruang untuk berfikir mengenai KUASA polis yang sangat2 menakutkan lebih2 lagi dalam konteks Malaysia ........... kini selepas beribu minit berfikir dan mencari jawapan untuk membezakan diantara polis di Malaysia dan Britain, aku sampai ke satu konklusi .......... perbezaan itu terletak pada 'RAJA' Di Britain, polisnya dikenali sebagi 'POLIS DIRAJA BRITAIN' Di Malaysia, Polisnya dikenali sebagai 'POLIS RAJA DI MALAYSIA' sebab kuasa yang terlalu lebih kepada pihak polis .......... pandangan ini tidak menyentuh mana-mana pihak samada yang telah mati ataupun masih hidup ...... sekadar dapatan daripada pengalaman aku di UK selama lebih 45 hari .....................
...
- MS
- Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com
No comments:
Post a Comment