Petang itu, aku duduk melalut di depan komputer. - terbacalah oleh aku akan satu email daripada email yang berpuluh-puluh lagi tak terbaca. Berita tentang penyertaan wanita cantik di dalam tentera negara Cina komunis. Apakah ini akan mengugah 'keimanan' tentera lelaki?
Lalu akupun mengomen........
Aku: Bila korang send itu berita, terfikir juga aku tentang pelacur Vietnam semasa Amerika rakus mengganas di sana, mereka tampil ke hadapan selepas ribuan 'soldier fortune' Vietnam terkorban sebagai perajurit berperisaikan kewanitaannya mereka! Akhirnya, terkulailah si Rambo, Superman, Siperman, dan man-man yang tak berman di hujung kaki pelacur Vietnam.
Islam memang tak benarkan `matlamat menghalalkan cara' tetapi orang yang tak beragama macam orang Vietnam itu, sanggup berkorban demi kebebasan diri mereka dan tanahair mereka.
Idea globalisasi - satu lagi ancaman kepada kebebasan negara yang membangun, mundur dan mampus.
Apalah sumbangan kita?
Salahudin: So macam mana dengan Suparman, MAN Swansea n lain2 ....... sorry man .. saja nak bergurau. Idea globalisasi - kita ni penentang atau peserta dalam agenda globalisasi. Tengok pakaian tu siapa yang memilih sangat nak pakai Levis, Lonsdale dan jenama2 yang senagkatan dengannya ........ kita juga kan? heheheh saja nak provoke
Aku: Kerana kita adalah mangsa globalisasi dan bukan peserta. Tukang pacak. Ke hulu ke hilir kibarkan bendera globalisasi - pada kereta kita, pada baju kita, pada kasut kita, dan.......Kita menjadi korban pada jenama. Macam masyarakat kitalah - jenama UMNO - BN telah menjadi sebahagian kurafat dalam aqidah mereka. Tak ada UMNO - BN, macamlah tersekat rezeki, negara tak aman, tak dapat lanjutkan pelajaran ke universiti.........berjilid-jilid metos.
Salahuddin : (agaknya tengah cari idea kut?)
Ramli: (ko bila lagi nak joint?)
...
- MS
- Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com
No comments:
Post a Comment