...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Tuesday 14 May 2013

Putus Sudah Kasih Sayang

1.  Kemarahan segelintir orang Melayu pada orang Cina hanya akan memutuskan hubungan yang sedia terjalin beratus-ratus tahun lamanya.

2.  Orang Cina yang berimigran (sensitif jika disebut berhijrah) ke Tanah Melayu seawalnya pada 1450 semasa Sultan Mansor Shah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po. Lalu dikurniakan pengiring Puteri Hang Li  Po sebuah bukit yang dikenali Bukit China sebagai tanda kasih sayangnya antara kuasa Kesultanan Melayu dengan Empayar Maharaja China.

3. Kumpulan kedua Cina imigran adalah semasa zaman keemasan bijih timah di Semenanjung Tanah Melayu.  Tatkala itu, buruh Cina adalah kuli batak pembesar Melayu dan tokey Cina yang berkerjasama dengan Inggeris.

4. Jika tidak kerana gajah Ngah Ibrahim terbenam dalam lembah yang penuh bijih tentu Lembah Kinta tidak segagah Ipoh pada hari ini.

5.  Lalu berhimpunlah kepala Melayu-Cina-India dan lain-lain semasa membentuk Perlembagaan Rakyat sebagai ganti Malayan Union 1946.  Dalam masa yang sama berhimpunlah juga kepala Melayu-Cina-India dan lain-lain di penjuru yang berbeza dan mengemukakan Perlembagaan Persekutuan 1948.

6. Begitulah akrabnya Melayu-Cina-India dan lain-lain termasuklah Kadazan, Iban, Orang Asal dan sebagainya membentuk sebuah negara dinamakan Malaya dan Malaysia.

7. Hampa baca sejarah tak?

8. Dah tu nak boikot-boikot - buat pa? Boikot Isreal pun masih terhegeh-hegeh....... piiiirahhhh!




 

1 comment:

Anonymous said...

Yang suruh boikot tu dh sediakan ke kilang2,kedai2 atau paling mudah telah sediakan ke barang2 keperluan org melayu dgn secukupnye?sedangkan kedai runcit org melayu pun ambil barang dr kedai cina..apa la punya statement!!!kita org melayu bawahan suruh boikot sedangkan org atasan terutama pemimpin bn bertepuk tampar dgn org cina kat kelab2 yg berselerak kat malaysia..apa punya org!!!