1. Membentuk satu manifesto yang indah dan menawan memerlukan kaki idea, pelukis grafik dan ahli bahasa, Lalu dipersembahkan dalam majlis gilang gemilang untuk diperlihatkan betapa seriusnya kitab manifesto itu.
2. Menyediakan manifesto hanyalah satu butiran daripada beberapa butiran dan ketulan peluru yang ditala pada pengundi. Terpesona atau terpengaruh.
3. Setelah gagal memperolehi kuasa, manifesto jadi bahan sejarah. Ia akan menjadi manifesto yang ditangguhkan pelaksanaannya kerana ketiadaan kuasa pada tangan.
4. Yang memegang kuasa, akan berkata bahawa manifesto akan dilaksanakan berperingkat-peringkat sehingga akhirnya tertangguh juga!
5. Lima tahun akan datang, kita buat lagi manifesto untuk sedia ditangguhkan!
...
- MS
- Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com
No comments:
Post a Comment