1. Keputusan MCA Pusat untuk para ADUNnya tidak mengisi jawatan EXCO dan Menteri adalah suatu usaha meruncingkan wajah perkauman UMNO-BN.
2. Barisan kabinet BN akan dilihat didominasikan UMNO dan Melayu. Secara politiknya, ini memang memudahkan Pakatan Rakyat melebar luaskan hujah bahawa UMNO adalah sebuah parti yang racist.
3. Ini bukan kedudukan yang mudah bagi UMNO untuk meneutralkan wajah dan pendekatan politik mereka mendatang ini.
4. Orang Melayu akan lebih sayangkan UMNO walaupun parti itu tidak memberikan apa-apa makna dalam kehidupan mereka melainkan kekenyangan emosi dan mimpi yang panjang.
5. PAS sebagai parti alternatif Melayu akan jauh tersingkir daripada kotak pemikiran orang Melayu yang sarat dengan kepompong perkauman.
6. Khabarnya, ada ADUN MCA di Johor bersedia mengisi jawatan EXCO. Harap ini sedikit menjernihkan politik Johor. Itupun dengan syarat, mengisi bukan kerana perut dan peribadi tapi mestilah kerana untuk mengendurkan ketegangan kaum yang semakin runcing.
...
- MS
- Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com
No comments:
Post a Comment