1. To be or not to be. Hamlet berfikir berkali-kali dalam novel William Shakespeare. Kira-kira akupun macam begitulah. Nak pi ke PJ atau tidak?
2. Aku dah cancel sessi 'Bedah Buku: Aku Melayu di Kota Inggeris' di SASS sempena Pesta Buku Selangor yang sepatutnya berlangsung 5 petang Sabtu. Memang rasa rugi tak berada di situ.
3. Setidak-tidaknya bolehlah hilang kempunan aku semasa di PWTC bulan lepas. Penganjur tidak benarkan kami meneruskan sessi bedah buku di saat aku sedang menyusun kata bicara di atas pentas.
4. Katanya, himpunan di PJ itu akan jadi program raksasa macam filem kartun Jepun dulu-dulu. Raksasa itu akan membunuh raksasa yang ganas.
5. Isham Rais kata, dia suruh orang pakai kasut masa turun di jalanraya. Adam Adli dah bebas. Tian, Haris danTamrin sedang menunggu giliran di lokap polis.
6. Aku sedang menghafal mentara hari sabtu. Lupa. Jarang-jarang dibaca.
...
- MS
- Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com
1 comment:
bang,
Isham pun dah kena hambat. blog TT dah dekat seminggu tak tukar tiub. Denai revolusi kembali diredah agaknya. dah lama tak lalu, denai dah hilang dilitup semak samun. Dalam tu bertenggek segala haiwan buas kelaparan tunggu mangsa.
Saya salah sorang pembaca setia blog blog TT. bertahun mendengar labun Isham tentang perjuangan, rakyat tertindas dan revolusi. Denai yang sudah dirintis oleh ramai pejuang terdahulu. Masanya dah tiba untuk saya pula melalui denai itu. doakan saya tak dihambat haiwan buas seawal tapak kaki melangkah...
jika kita ketemu di pertengahan jalan, ucapkan lah salam persaudaraan. denai itu lebih afdal dilalui berkumpulan.Hati2 dalam perjalanan....
Post a Comment