...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Monday 25 April 2011

Jalan Machiavelli (1)

1. Ada dua cara berjuang: melalui undang-undang dan satu lagi melalui kekerasan. Kaedah pertama bersifat manusiawi dan tidak memadai untuk berkuasa melainkan perlukan kaedah kedua; kekerasan yang lebih bersifat kehaiwanan.

2. Pemimpin perlu menguasai kedua-dua pendekatan ini untuk terus berkuasa. Menguasai satu kaedah sahaja akan menyerlahkan kebebalan pemimpin itu sendiri.

3. Pemimpin perlu dilihat seperti manusia walaupun jiwa politiknya bernafas binatang.

3 comments:

Anonymous said...

Tuan Muhaimin, manusia adalah manusia. Manusia dah diberi tanggungjawab ke atas manusia, makhluk2 lain dan kepada Tuhan. Haiwan adalah haiwan dan hukum haiwan bukan untuk manusia

RemBat© said...

Askum Tuan Rumah
Mohon link blog kartun dari milo suam :
kartunjahanam.blogspot.com

Terima Kasih.

MS said...

kadangkala, manusia itu lebih ganas dan buruk daripada haiwan.