...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Friday, 8 April 2011

Memulakan Revolusi Budaya

1. Antonio Gramsci menjelaskan mengapa rakyat terus memilih kerajaan atau pemimpin yang korup, zalim dan tidak memberi manfaatkan kepada negara sebagai pemimpin mereka. Sebagai anak muda yang idealis, Gramsci melihat idea Karl Marx tidak dapat diaplikasikan di Itali kerana tidak melihat yang lebih luas persoalan politik masyarakat.

2. Beliau mengemukakan konsep 'hegemoni' yang menghuraikan lanjut tentang fenomena ini. Hegemoni ini diasaskan melalui norma budaya masyarakat. Norma ini menjadi peraturan dalam masyarakat yang perlu dipatuh secara kebiasaan. Budaya ini digerakkan melalui sistem pendidikan, media, perundangan dan sistem pemerintah.

3. Gerakkan mengubah budaya memerlukan usaha yang bersungguh. Kenyataan ini pernah disebut panjang lebar oleh Dr. Zulkifli Muhammad, timbalan Yang DiPertua PAS sewaktu parti itu dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al Helmy.

4. Gramsci mati ketika usia 46 tahun selepas hidup sengsara dipenjara oleh regim Musollini selama 25 tahun. Mula ditangkap seusia 21 tahun. Separuh kehidupannya berada di dalam penjara. Sebaliknya orang yang diluar penjara, fikirannya terpenjara!

4. Bacalah idea orang perjuangan.

3 comments:

Cenangau said...

Ada link ucapan/tulisan Dr. Zulkifli Muhammad tu? Teringin nak baca.

muhaimin sulam said...

sorry....yang ada himpunan karangannya dlm buku yang diterbitkan tahun 70an. Yang baru mungkin ada....

dawai koko+ said...

hari2 aku bukak blog ini utk membaca siapa muhaimin sulam

tapi muhaimin sulam ini jarang2 menulis

ceritera nya suatu ketika dahulu aku berborak dgn matsamankati.

aku bilang "bang mat, selain drpd nizar, sapa lagi ahli pas perak yang tidak ortodoks..kalau ikut pengamatan bang mat lah..."

matsamankati ckp "kalau ikut aku, aku lagi suka muhaimin sulam.."

aku tak tau siapa dia jadi aku tanya lagi matsamankati "dia siapa apa bang??"

aku pun dah lupa jawapan nya..

ceritera nie berlaku sekitar dan seputar sela masa aku mengikut kawanku yang lain membontoti MSK sewaktu jelajah nizar memberitahu penduduk negeri ridzuan itu tentang
adegan kudeta gerombolan.

selamat ber-kenalan dan assalamualaikum encik muhaimin.