...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Thursday, 28 May 2009

Hari Hari Aku Lapar!

Hari hari aku lapar
melewati pagi dingin
hingga malam kelam
mengais roti dicelah zaman
melarik air sungai yang menangis
sepi

Hari hari adalah kelaparan
di atas kekenyangan borjouis
kekuasaan sang penguasa
khayalan penyair
debat para sarjana
ratip ulama
dan mimpi rakyat yang panjang

Maaf, aku tidak ikut mogok lapar
kerana hari-hari aku lapar
lapar
hari hari

swansea

1 comment:

أبُو هُرَيْرَة said...

Salamz, ini ustaz muhaimin yang duduk teluk intan dulu ka? If betul saya mungkin pernah jumpa, saya anak sedara Raja Ahmad Al-Hiss yang nak kahwin 2 tahun lepas tu. Yang tolong menyampaikan barang kiriman dari Manchester tu. Kalau saya silap orang maaflah. Wallahualam.