1.Pertentangan antara dua kelompok adalah fitrah kehidupan bermasyarakat. Tiada masyarakat tanpa konflik meski dalam masyarakat bimbingan Nabi Muhammad s.a.w.
2. Kita diajar bagaimana untuk menangani konflik, kerana itulah kita manusia sebagai khalifah di mukabumi. Konflik itu mungkin disebabkan dari secubit garam hinggalah permata selautan.
3. Agama mengikut bagaimana manusia mentafsirkan kitab sucinya. Kerana itu, al Quran diturunkan bukan semata-mata pada Nabi Muhammad s.a.w. tetapi pada setiap manusia secara peribadi. Ini bermakna, Allah s.w.t. telah memberikan kita al Quran secara peribadi untuk kita memahami. Manusia memang sentiasa mencari kebenaran. Aku cuba turunkan bagaimana tamadun akal manusia memikirkan tentang pertentangan, peperangan, perebutan antara dua kutub.
4. Marx memahami konflik ini berlaku kerana pertentangan antara kelas. Kelas orang miskin dengan kelas orang berkuasa lagi kaya raya. Sejarah manusia dibuktikan oleh Marx bahawa, kelas borjouis menindas kaum proletariat. Kaum proletariat mesti bangun, bangkit menentang mereka. Lalu lahirlah, negara Marxisme.
5. Pendiri ideologi nasionalisme melihat konflik adalah disebabkan pertentangan antara bangsa. Kecintaan terhadap bangsa akan melahirkan permusuhan pada bangsa lain. Oleh itu, pembinaan negara mestilah berasaskan negara bangsa. Orang Arab Hijjaz tidak boleh berada di bawah kuasa orang Turki. Orang Irish, akan menentang penguasaan British terhadap wilayah mereka. Dan, orang Melayu menganggap orang Cina sebagai Yahudi yang perlu dimusuhi selama-selamanya. Oleh sebab itu, apabila kerajaan PR Perak beri tanah pada orang Cina miskin, mereka sebut Kerajaan Perak itu telah mengadaikan tanah orang Melayu. Naifnya.
6. Manakala kelompok trait yang mengagungkan fizikal seperti warna kulit selalu dikaitkan dengan ideologi nasionalisme meski sebenarnya dua hal yang berbeza. Fahaman inilah yang menanggap kaum kulit hitam dilahirkan untuk abdi kulit putih. Hitam dikaitkan dengan kejelekan, keburukan seperti ada sesetengah orang di Perak yang marah pada Zambry dengan idea-idea naif ini.
8. Ali Syariati, pula melihat pertentangan ini adalah pertentangan kaum Mustakbirin dengan kaum Mustaafin. Ada sesetengah sarjana mengaitkan idea ini senada dengan idea sosialisme. Namun, Revolusi Islam Iran telah membuktikan kaum Mustaafin telah mampu berhadapan dengan kekejaman kaum Mustakbirin.
9. Golongan feminisme pula menaksirkan konflik berlaku kerana wujudnya perbezaan yang berasaskan gender (jantina). Undang-undang dibuat berasaskan perbezaan jantina. Peluang pekerjaan berasaskan jantina. Mereka cuba menghilangkan perbezaan jantina ini sehingga wujudnya keseimbangan sesama jantina. Barat sewaktu zaman kegelapan menganggap wanita adalah harta yang boleh dipindah milik. Bahkan ada sesetengah sarjana memikirkan samada wanita itu manusia atau tidak. Islam pula dikatakan banyak menindas kaum wanita kerana kebanyakan ulama adalah terdiri kalangan lelaki. Begitulah bencinya pada kuasa lelaki.
10. Aku sambung lagi.
...
- MS
- Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com
No comments:
Post a Comment