...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Saturday, 16 May 2009

Cikgu !

Selamat hari guru, cikgu, ustaz, ustazah.....

Arwah ayah aku hingga akhir hayatnya seorang guru
Aku dulu pernah jadi guru,
isteriku masih seorang guru,
Ahli keluarga aku ada juga yang menjadi guru
Jiran tetangga aku guru
kawan-kawan aku ramai guru

Kita memang banyak berguru
tapi sayang tidak belajar daripada
perguruan itu.

4 comments:

Gedung Akal said...

Tuan,
Pengalaman & alam luas juga adalah guru. Merasai denyut nadi rakyat, mendahulukan rakyat, perlukan guru. Manakala guru itu mestilah benar dan betul ilmunya, tulus hati dan kaya akal budinya.
Jika tidak jadilah kau anak yang kepalang ajar.
Dapatkah kau rasai denyut nadi rakyat andai bergurukan nafsu dan syaitan?

Ibnu Shaari said...

Salam Bang.. Sambutan hari guru PASTI di Hotel Emas Tawau, Sabah. Faridah Dawam(guru PASTI Pasir Salak) di anugerahkan Tokoh Guru Kebangsaan, disampaikan oleh K/p Salahuddin ayub hari ini. Takbiirr..!!!

aizam said...

Family saya 98% guru dari mak , ayah , abang , kakak , kakak ipar , adik.. tapi saya bukan guru dan saya ingin keluar dari kepompong guru.. Itu bukan bererti saya tak suka guru..

SELAMAT HARI GURU , CIKGU...

syedputraahmad said...

min, sudilah jenguk2 blog aku di pokok-hujan.blogpot.com