Pilihranraya kali ini menyaksikan pertembungan antara dua barisan komponen parti yang mempertaruhkan calon terbaik daripada mereka. Jika aku nak cerita satu demi satu calon, alamat tak siaplah kerja. Memadai dengan beberapa nama yang difikirkan menarik untuk dikongsi sama.
Mula-mula aku nak cerita tentang pensyarah sains politik aku Prof. P Ramasamy yang ditamatkan kontraknya di Jabatan Sains Politik, UKM tahun lalu. Kini beliau menjadi pensyarah di Universiti National Singapura. Beliau akan bertanding dengan Koo Tsoo Khon kini terjun sepenuhnya untuk menjadi ahli politik. Sewaktu dalam kuliahnya dulu, pandangan sentiasa kritis terhadap kerajaan dan juga pembangkang terutama pada PAS. Namun kritikannya berasaskan hujah akademik semata-mata. Memandangkan aku dan beberapa kawan aku merupakan ahli politik sepenuh masa, pandangan kami sentiasa diambil perhatian serius. Prof. memang power dari segi teori tapi kami dah buat apa teori yang prof. katakan itu. Pemikiran sosialisnya memang sesuai pada perjuangan DAP. Dia pernah datang berceramah di atas pentas PKR di Teluk Intan. Time tu aku datang. Kami agak rapat selain satu aliran pemikiran tapi juga satu negeri. Prof. P. Ramasamy berasal dari Setiawan. Satu daerah dengan Chin Peng! Gobalakrisnan! Aku tunggu pensyarah aku seorang lagi untuk join kelab ahli yang pernah bertanding dalam pilihanraya. Siapa lagi? Dr. Agus lah! Dia pernah kata, dia agak sukar untuk memahami mengapa kami berjuang dengan susah payah. Dan dia kata lagi bahawa dia gagal sebagai politician tetapi tidak untuk academician. Cuba dulu Dr! Sedap sikit kalau kita cakap nanti!
Yang keduanya, kawan aku satu kuliah juga bertanding sama. Misbahul Munir Hj. Masduki di DUN Rungkup dan Mustafa Kamil Ayub di Parlimen Pasir Salak dan DUN Sg. Manik. Kami satu kuliah sewaktu belajar sains politik di UKM. Kami telah bertanding di dalam pilihanraya sejak 1999. Kali ini aku tak bertanding. Bukan kerana hilang kelayakan! Pilihanraya 1999, aku bertanding di DUN Sg. Manik, lagi 2500 undi untuk menang. Kemudian 2004, aku bertanding di Parlimen Pasir Salak lawan Ramli Ngah Talib, cucu cicit Dato’ Sagor. Kali ini, aku tak bertanding, diapun tak dapat bertanding kerana terlebih dahulu kalah dengan Ketua Bahagian UMNO Pasir Salak, Tajuddin Rahman yang akan bertanding di Parlimen Pasir Salak.
Tahniah juga kepada Ust. Firdaus Jaafar kerana dicalonkan untuk bertanding di Parlimen Jerai. Ust. Firdaus Jaafar menggantikan kekosongan jawatan aku di dalam Dewan Pemuda PAS Pusat, DACS (Jabatan Seni, Kebudayaan dan Sukan). Aku tahu, dia memang hebat terutama dalam mengurus soal keperluan anak muda. Kini tanggungjawab lebih besar menantinya.
Kawan lama aku di UM, Che Johan Che Pa calon BN akan menentang Ibrahim Ali calon PAS di Pasir Mas. Dulu kami makan setalam dan sembahyang sama. Sama berdemontrasi dan sama berkempen pilihanraya 1986 di atas Pentas Mahasiswa di Kelantan. Tapi kini kami sudah tak sehaluan. Lain dulu, lain sekarang.

No comments:
Post a Comment