Al fatihah buat Loloq. Tak sempat aku mengenali kau lebih rapat. Rupanya Allah s.w.t. lebih cepat. Dua lagu yang menjadi latarsuara blog aku adalah hasil ciptaan arwah dengan M. Nasir; Mentera Semerah Padi dan Andalusia. Peringatan buat aku yang sering terlupa. Seperti sudah menjadi lumrah manusia, bila sudah tiada baru dirasai. Baru dihargai. Baru di cari.
MELASTIK KE BINTANG
(Search/LOLOQ - Album: Karisma, 1990)
Berapa jauh harus kembara
Hingga bisa temu jawapan
Berapa lama mahu kecewa
Sebelum kita berjaya
Berapa puncak harus di daki
Hingga sampai hasrat di hati
Berapa kali mesti tersungkur
Sebelum sanggup berlari
Cakera waktu
Deras bagai bersayap
Menggugat tekad semangat
Kita yang ingin mencari
Suatu kepastian
Walau tipis harapan menang
Namun kita mesti berjuang
Kerana tiada yang mustahil
Biarpun melastik ke bintang
Dengarkan teman
Jeritan sanubariku
Semoga bangkit kembali
Bersama kita menjulang impian silam
Dengarkan, dengarkan, dengarkan
Melastik ke bintang
Biarpun melastik ke bintang
Lagu ini aku fikir sangat sesuai pada rakyat Malaysia yang dah mula nak demam pilihanraya. Teruskan teman-teman di sana!
...
- MS
- Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com
No comments:
Post a Comment