...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Friday, 1 February 2008

Nothing in the text!

(Sebenarnya tulisan ini respon saya pada sebuah yahoogroups yang menghantar tulisan Dato' Mufti Perlis di Utusan Malaysia beberapa hari lepas.)

Ada dua perkara yang saya `baca' dlm artikel yang disiarkan di Utusan itu; penulis dan tajuknya. Yang lain? Nothing! Tak ada yang menarik untuk diulas.
Pada hemah saya yang penting bukan yang ditulis tetapi mengapa ia ditulis. Mengetahui sang penulisnya, maka mudah untuk menelah mengapa ia ditulis. Memang menarik untuk dibaca. Dengan dimulakan kisah ulama dan disisipkan hujah suci, terasa terisi jiwa kita sebentar. Ia juga seperti puisi yang bergantung pada kekuatan susunan ayat dan pemilihan kata. Pembaca terperangkap dengan kelicikan penulis membina ayat. Retorik.
Idea Marx tidak menyelesaikan masalah ekonomi dunia tetapi ia sekadar satu idea untuk menjana kebangkitan modal baru – kaum buruh (proletariat)– untuk menentang kaum pemodal (borjuis) yang berkuasa. Seperti juga idea Carpenicus. Bukan soal system peredaran bumi yang menjadi isu dengan Gereja Eropah tetapi fikiran itu adalah symbol kepada penentangan kuasa agama Kristian di tangan Gereja Eropah oleh kuasa baru Eropah; intelektual.
Strategi dan kerangka pemikiran kita masih ke arah pengutuban dan perbezaan seperti antara saya dengan kamu, antara lelaki dan wanita, antara putih dan hitam, dan......antara ulama' dengan umara'. Penulisan di Utusan Malaysia itu sekadar mengulangi kerangka lama untuk menegaskan penentangannya kepada kuasa ulama terhadap kuasa umara. Ia hanya satu kerangka yang diulangtayang. Ulangan. Ulangan. Dan ulangan.
Memang benar. Ambillah yang baik meskipun dari sesiapapun. Jangan terus menghukum idea yang baik hanya sekadar ia bukan daripada perut dan otak kita. Tetapi kadangkala kita terlupa bahawa kita terus terikat pada kerangka lama; membezakan diri dengan yang lain.
Mudah-mudahan Allah s.w.t. sentiasa memelihara kita semua. Amin.

No comments: