...

Dilahirkan di pertemuan Sungai Perak dengan Selat Melaka. Dibesarkan di tanah bendang yang terkenal dengan metos terbangnya parang panjang sewaktu Jepun menyerah dan Bintang Tiga bermaharajalela. Berkhidmat di tanah tempat tumpahnya darah dan hilangnya nyawa J.W.W. Birch. Suatu ketika, berlayar keluar dari tanah kelahiran dan kemegahan ke bumi Hamlet. Bukan untuk mencari Romeo & Juliet atau Mozart tetapi meniti jambatan hikmah yang masih ada tertinggal. Kini kembali ke lubuk permainannya. Berkat doa semua, memperolehi PhD dari University of Wales Trinity St. David, Lampeter dalam bidang kepimpinan politik. Ijazah pertama dalam bidang geografi di UM dan MA. dalam Sc. Pol. di UKM. Sempat juga memperolehi Dip. Pendidikan di UIA. Awalnya ingin menjadi guru tiba-tiba beralih menjadi Si Jebat yang mencabar metos kedaulatan sang penguasa. muhaiminsulam@gmail.com

Sunday, 17 February 2008

Makan Malam Menjelang Pilihanraya di Bristol

Semalam aku baca sajak karya doktor muda Dublin, FahdRazy di Bristol sempena Kerabu Night anjuran MCS, University of Bristol. Tajuknya, Menjelang Pilihanraya. Sajaknya pendek. Rangkap awal agak mudah difahami, manakala rangkap terakhir memerlukan sedikit fikiran. FahdRazy kasi untuk aku baca cuma takut aku kena halau je!
Oh. Malam ini sendawa penguasa
memekat di kota-kota sendat
dan rumah rakyat
yang berpelita karat.
Mujur,
tak terpadam apinya yang lebam.
Mujur.
Tapi malam itu, nampaknya audien teruja dengan sajak itu. Sewaktu kami berpamit untuk pulang, Pengarah MSD bilang sama aku, kata-kata pelita berkarat cukup tepat membayangkan suasana pilihanraya. Manakala beberapa pelajar-pelajar lain terasa bius sajak itu. 'Faham ke korang sajak itu?'. 'Faham, faham, bang!'. 'Bisa bang!'. 'Faham je tak cukup.' Hasut aku.
Malam itu macam malam kuliah kebudayaan Melayu. Pengarah MSD, En. Nazeri Sulaiman bercakap soal adat dan adab yang dikupas berasaskan pandangan ahli falsafah kita, Syed Naquib al Attas. Ust. Erfino pula berucap sekitar soal bangsa, budaya dan bahasa Melayu. Beliau juga mendendangkan lagu Ebeit, Berita untuk Kawan dan lagu Tan Sri SM. Salim. Aku mula tahu Ust. Erfino terrer menyanyi time kami buat Dip. Pendidikan di UIA dulu. Nasyid Arabnya cukup mengiris walaupun aku tak tau maknanya. Pengerusi dan Presiden MCS, Sdr. Bonzer pun cakap soal yang sama.
Aku sebenarnya agak keberatan nak bersajak time makan malam. Time orang kenyang - waktu lupa akan kelaparan, kesusahan dan perderitaan yang biasanya terlalu hampir dengan penyair. Eiwahhhh!! Sdr. Bonzer minta aku baca. Aku bacalah akhirnya. Aku cadang nak baca sajak `Sajak Buat Si Bangsat'. Kononnya untuk bangkitkan kesedaran pada para intelektual dan teknokrat muda kita di UK ni. Tapi isteri aku pesan jangan kerana kasar sangat! Tak sesuai untuk majlis makan malam. Buatlah sajak yang halus dan sopan sikit. Ahh nak buat sajak lagi. Malas. Tapi kena buat juga. Beginilah kira-kiranya sajak itu,
.........
berapa lama harus
kalian menjadi saksi karut sejarah
penganut segala peraturan
dan undang-undang
yang kaku dan keras
..................
bertarung mereka yang berdiri atas autoriti, suci
dengan mereka yang terbaring mati
membenam maut membunuh hapus suara damai.
Malam itu aku tak kena halau. kah....kah.... merdekanya!
Apapun, tahniah kepada mereka yang menjayakan MCS Be'Woh, Kerabu Night!

No comments: